Jam 6 pagi tadi, selepas makan sahur, henpon Kak Yong kamu berdering dengan keras sekali. Kak Yong dikhabarkan bahawa abah saudaranya, Pak Mail telah kembali kerahmatullah jam 5.45 pagi tadi. Jam delapan, kami sekeluarga bertolak ke Kampong Sakai Jadi, Tronoh.
Siapa yang pendudok asal Kpg Sakai Jadi, Kpg Kurnia, Tronoh, pasti mengenal arwah Mat Bren.
Jenazah selamat disemadikan sekitar jam 1 tengahari. Raya tahun ini pasti kurang meriahnya dengan ketiadaan Mat Bren. Al fatehah buat pejuang dahrurat ini...
p/s Yob dapat meresapi kesedihan yang melanda Kak Yong kamu. Ayor matanya luncur berterusan bila mengenang kebaikan Mat Bren membesar dan menyekolahkannya. Selepas ini giliran siapa pula ya..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan