Keluhan Ahli RTPJ
Salam,[tema-memperkasakan Parti Keadilan Rakyat]
Akhir2 ini saya dapat maklumat baik dikalangan anggota parti maupun dalam kalangan pakatan rakyat, rakyat pertubuhan NGO dan badan penyelidikan bahawa Adil dalam keadaan yang lemah dan tenat.
Saya akur sejak pemilihan parti 2010 yang lepas dan selepas kita menang besar pada PRU 2008 termasuk kekalahan kita di pilihan raya kecil di Sarawak kita masih tidak dapat mara kedepan untuk meyakinkan terutama kaum melayu dan pengundi atas pagar bahawa Adil adalah sebuah parti yang relevan untuk masa depan dalam politik tanahair.
Saya telah cuba untuk mencari punca utama mengapa ia berlaku dan mendapati beberapa perkara untuk penambahbaikan parti jika mahu terus relevan.Rumusan saya adalah seperti di bawah:-
1.Adil perlu memperkasakan perlembagaannya Tidak guna kita buat pindaan dahulu tetapi tidak cuba untuk mengamalkan apa yang telah kita pinda.Kuasa cabang dilihat cuba di perlemahkan oleh beberapa pihak tertentu yang mempunyai kedudukan. MPN negeri dilihat tidak dapat memainkan peranan nya disebabkan Presiden sentiasa di pengaruhi oleh pihak tertentu dalam memilih siapa yang layak sebagai pengerusi MPN.[contoh ketara adalah di Perak dan Sabah]
2.Presiden mesti lebih berani dan dinamik dalam memperkasakan Perlembaagaan parti.Terdapat ramai anggota parti yang akan menyokong presiden dalam soal ini.
3.Pemilihan calon PRU 13 mestilah mempunyai criteria yang jelas berdasarkan perlembagaan parti dan tambahan criteria yang jelas dan munasabah.Kita tidak boleh benarkan hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang menentukanberdasarkan criteria yang tidak jelas dan meragukan.Kita tidak boleh memilih hanya kerana calon tersebut mempunyai nama di peringkat nasional tetapi akhirnya melompat parti bila menang.[contoh Ahli parlimen dan adun Adil mempunyai jumlah yang tertinggi melompat parti sejak 2008 maupun sejak 1998]
4.Isu-isu rakyat bukan sahaja berdasarkan buku jingga tetapi masalah struktur yang lebih besar hendaklah kita juarai terutama isu system perbankan, pembiayaan matawangdan faedah. Tidak guna kita menang PRU13 tetapi dasar ekonomi kita masih bersandarkan ekonomi berdasarkan faedah. Ahli politik kita kena duduk dan bincang perkara ini agar satu rumusan kearah mengurangkan masalah ekonomi riba supaya rakyat terbanyak mendapat manafaatnya secara keseluruhan.
5.Sikap denial syndrome dan swept under the carpet di kalangan pemimpin kita mesti diubah. Kita perlu menang di PRU 13 tetapi melaksanakan kebenaran dan keadilan mesti tetap sebagai agenda yang berterusan.Bagaimana kita mahu bersih tetapi kita sendiri tidak bersih dalam melaksanakan apa yang ada dalam perlembagaan parti.
Apa komen anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan