Jumaat, 29 Julai 2011

Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenar.


Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan
Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.

Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu
  1. Demokrasi Telus dan Tulen
  2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
  3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
  4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.
Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan - the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Satu lagi gologan ialah yang bukan "real Malaysians" adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.

Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup - itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan. 

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan(freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.

Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ¡°amar maaruf nahi mungkar¡± akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.

Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. 

BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja.

Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu.

Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya. Kita tak harus benarkan UMNO cuba "hijack" Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. 

UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Article 153 of the Federal Constitution

It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.

PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya.

Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya.

Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat!

DAP bukan parti perkauman dan anti-Melayu!


Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia.


SEJAK pilihan raya Sarawak berakhir,negara gegak gempita dengan ucapan-ucapan retorik pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaannya Perkasa.


• Orang Cina tak berterima kasih dan tak mengenang jasa Barisan Nasional (BN).

• Orang Cina nak ambil alih kuasa daripada Melayu.

• DAP ada agenda nak singkirkan kuasa Melayu.

• Kalau orang Cina tak sokong MCA,tidak ada lagi suara Cina di Putrajaya dan orang Cina akan merana.

• PAS susah-susah dukung Pakatan Rakyat,tapi DAP yang menang.

• Lebih baik PAS bersama Umno kuatkan kuasa Melayu.

• Buat apa PAS berpakat dengan DAP, kerana DAP tak pernah pun memperjuangkan Islam.

Malah media lidah bercabang Umno, Utusan Malaysia lebih jauh lagi mendedahkan betapa membarahnya roh Umno yang sedang sakit itu dengan kenyataan seperti berikut :

"Umno-BN disarankan lupakan sahaja undi orang-orang Cina dan mengajak orang-orang Melayu bersatu dengan slogan baru ‘1Melayu , 1Bumi’.

Penulis bahkan dimaklumkan oleh rakan-rakan daripada Kementerian Pelajaran jagaan Muhyiddin Yassin (TPM Malaysia),kursus dan pelbagai seminar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran mengugut kakitangan kerajaan tentang kemungkinan DAP akan menguasai Malaysia. Diceritakan betapa jahatnya DAP. Namun, PAS tidak diserang sekadar menyatakan PAS tanpa sedar sedang diperalatkan oleh DAP.

Sebagai pengawal politik, penulis akan gagal jika tidak membuat – diagnosis-diagnosis berikut terhadap pesakit yang bernama Umno.

i. Umno sedang menghidap penyakit ‘Senile Dementia’-pelupa dan kurang kekuatan intelek. Kejap Satu Malaysia kejap Satu Melayu. Seolah-olah pesakit kena telan ubat cirit dan ubat sembelit sekali gus!

ii. Umno sedang menghidap sakit jiwa bertaraf psikosis dengan ciri-ciri halusinasi dan delusi-semua orang salah,dia sahaja yang betul, Nampak bayang katanya hantu.

iii. Umno sedang mengidap penyakit fizikal yang berupa kerosakan menyeluruh pelbagai organ (multi-organ failure)-selalu pening pitam,sesak nafas,perut membusung dan kaki membusuk gangrene. 
Hutang negara menggunung, rasuah tak terkawal, jenayah berleluasa, gejala sosial luar kawalan dan hubungan perpaduan rakyat yang tercalar.
 
iv. Umno sedang menghidap andropause-lelaki tua yang bernafsu besar, kuat cemburu, asyik tuduh isteri main mata dengan jejaka muda dan suka menuduh lelaki yang lalu lalang di depan rumah cuba menggoda isteri yang gagal diberikan nafkah. Umno dah tak boleh jaga MCA, Gerakan dan MIC dan tak habis-habis mengugut MCA dan MIC. Pulak tu kuat cemburu dengan lelaki-lelaki tampan bernama PAS dan DAP.

v. Umno sedang menghidap sakit ‘fiqulubihim marodun’ (al-Baqarah: 10): qulub (hati) yang dipenuhi sifat-sifat mazmumah-dengki, buruk sangka, takbur, ujub dan ragu-ragu (syak). Dengan pengundi Melayu katakan PAS jadi alat DAP dan gadaikan Islam. Dengan pengundi Cina, Umno kata PAS parti ekstrem nak potong segala kepala orang Cina. Umno ajar MCA supaya sebut "Satu undi untuk DAP bermakna satu undi untuk negara Islam." Benci sangatkah Umno kepada Islam? Itulah tanda-tanda munafik yang dinukilkan dalam al-Quran.


Benarkah DAP perkauman dan anti-Melayu?

Penulis bukan peminat setia DAP dan tidak juga memusuhi DAP. Namun penulis sudah bergaul dan berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP peringkat negeri sejak 1988. Memang benar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli DAP orang Cina tetapi di Perak tidak kurang juga ahli-ahli DAP daripada bangsa Melayu, India dan Sikh. Bahkan di Perak bebarapa orang Melayu pernah memimpin DAP Perak dan memenangi kerusi-kerusi Dun atas tiket DAP. 

Antaranya, Salleh Nakhoda Hitam, Ibrahim Singgah, Fadzlan Yahya dan Asri Othman. Bahkan di peringkat nasional, tokoh-tokoh Melayu yang menjadi pemimpin DAP terus ada dari semasa ke semasa. Antaranya, Allayarham Ahmad Nor dan kini Tengku Aziz. Orang mungkin lupa Karpal Singh adalah pengerusi DAP dan orang seperti Karpal Singh langsung tidak berminat tentang agenda berasaskan kaum, baik atas nama Melayu, Cina ataupun Sikh. Orang secelupar Karpal Singh tidak mudah menerima agenda Cina di Malaysia.
 
Karpal Singh dan ramai pemimpin DAP adalah pemimpin-pemimpin yang berideologi sekular yang sangat taat memperjuangkan ‘Rule of Law’ berasaskan Perlembagaan Malaysia yang mereka anggap seperti ‘kitab suci’ mereka. Buktinya Karpal Singh pernah membela kakitangan perempuan Melayu beragama Islam yang dipecat jawatan kerajaan kerana memakai purdah. 

Bukan Karpal Singh sukakan Islam dengan amalan menutup aurat tetapi beliau sangat menghormati prinsip undang-undang yang mempertahankan hak-hak asasi manusia dan segi berpakaian dan mengamalkan agama masing-masing.

Lim Guan Eng pula pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak seorang gadis sunti Melayu yang dikatakan dirogol oleh seorang Ketua Menteri daripada Umno ketika itu. Lim Kit Siang pula pernah ditahan ISA kerana menentang kekecohan perkauman cetusan Umno-MCA. Gobind Singh Deo pula digantung oleh Parlimen tanpa elaun kerana mempertikaikan tindak-tanduk Dato’ Seri Najib Razak dalam isu ‘rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya’.


Benarkah PAS parti boneka Cina-DAP?

Wajar diperingatkan PAS adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara tegas, tidak berselindung dan istiqamah mengaku sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita di negara Malaysia ini terlaksana hukum-hakam dan nilai-nilai hidup yang berteraskan al-Quran dan As-sunnah. 

Dengan kata lain akidah perjuangan PAS adalah Islam dan matlamat keberadaan ahli-ahli PAS dalam politik adalah demi mencari keredaan Allah. Wajar juga diperingatkan dasar Islam PAS tidak pernah berganjak dan tidak akan dikorbankan. Adapun cara, kaedah dan pendekatan mencapai matlamat PAS ataupun istilah yang selalu digunakan – Strategi - akan diubahsuai dari semasa ke semasa berdasarkan suasana, keperluan dan mengambil kira faktor untung-rugi. 

Namun strategi yang PAS gunakan tidak akan menyalahi prinsip-prinsip al-Quran dan As-sunnah. Bahkan banyak disandarkan dengan sirah (perjalanan perjuangan Rasulullah) dan iktibar gerakan-gerakan Islam lain yang lebih awal.

Testimoni kepda strategi berbeza yang PAS gunakan dapat dilihat dalam sejarah panjang perjuangan PAS dalam politik Malaysia. PAS juga satu-satunya parti yang pernah bergabung dan bekerjasama atau bertahaluf dengan pelbagai entiti politik di Malaysia. PAS pernah bersama Umno-BN, APU (Semangat- 46 dan Berjasa), dan bersama Barisan Alternatif dan sekarang Pakatan Rakyat.

PAS juga biasa bersendirian. Semasa PAS bertahaluf dengan BN tentulah PAS juga bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Semasa bersama dengan APU juga ada hubungan tak langsung dengan PBS di Sabah. Ini bermakna PAS sangat terbuka dan tidak jumud dalam tindakan dan pendekatannya.

Apa makna kepada strategi PAS yang pelbagai tersebut? PAS tetap sama dan tidak pernah menggadai perjuangan. Buktinya mudah. Dikala PAS tidak diperlukan oleh Umno, ketika itu PAS akan dicerca sebagai memperalatkan Islam dan mengkafirkan orang Umno. Tetapi ketika Umno gila talak mahukan PAS menyertai BN, tiba-tiba Umno berubah! Seperti kata PM Najib: "PAS sebagai parti Islam tentu lebih sesuai dengan Umno. Cita-cita Islam PAS lebih mudah dicapai melalui BN." Yang pasti dan tetap adalah: PAS sama ada di kaca mata Umno, DAP, KeADILan mahupun MCA adalah parti Islam.

Tidak siapa di dunia ini percaya Umno adalah parti Islam. Buktinya sahabat sekelambu Umno: iaitu MCA awal-awal lagi memberikan amaran supaya Umno jangan pandai-pandai ajak PAS masuk BN kecuali jika PAS menggugurkan hasrat untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia. 

Makna kedua bagi kenyataan MCA itu adalah selama ini MCA boleh menerima Umno sebagai rakan kongsi kerana Umno menolak Islam. Berbeza dengan DAP, mereka tahu PAS memperjuangkan Islam tetapi tidak pernah mendesak PAS untuk menggugurkan dasar murni PAS tersebut.

Atas hujah-hujah tersebut bagaimana mungkin orang yang berakal (tidak gila) dan cerdik boleh percaya PAS sudah jadi alat atau boneka DAP. Adakah pernah orang DAP meminta lesen judi dan lesen arak yang PAS luluskan sebagaimana Umno luluskan beratus-ratus lesen judi dan arak kepada tauke-tauke MCA.

Adakah pernah PAS cuba kambus jenayah dan rasuah DAP sebagaimana Umno cuba selamatkan tauke-tauke MCA seperti dalam skandal Perwaja Terengganu, Bakun Sarawak dan PKFZ dan semua skandal berbilion-bilion ringgit di Malaysia ini selalunya adalah gabungan makar Umno dan MCA. Terlalu banyak bukti bahawa MCA-lah yang tunggang Umno atau dengan kata lain Umno adalah boneka MCA.

Sekadar PAS mempertahankan wakil-wakil rakyat DAP yang memasuki surau atau masjid untuk berucap dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin itu bukan boneka DAP. Itu maknanya PAS boneka Islam kerana uslub dakwah Islam tidak pula menghalang orang-orang bukan Islam memasuki surau atau masjid kerana itulah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah di Madinah.

Keputusan PAS yang hanya ada satu kerusi bersetuju untuk menjadi kompenan kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin pleh DAP di Pulau Pinang adalah satu kewajaran. Yang tidak wajar adalah apabila Umno menang paling banyak kerusi di Pulau Pinang, tiba-tiba serah kerusi Ketua Menteri kepada Gerakan. Bukankah itu juga bermakna Umno adalah boneka kepada Gerakan. Sehinggakan pada tahun 2007 hanya 1.6 peratus sahaja tanah milik orang Islam yang wujud di Pulau Pinang akibat kebaculan Umno. Komplot Umno-Gerakan-MCA selama 50 tahun adalah punca longlainya Melayu/Islam Pulau Pinang. Kenapa tiba-tiba sekarang DAP dan PAS dipersalahkan?

Nyata bahawa ungkapan PAS boneka DAP adalah ciptaan Umno sebagai propaganda memburukkan PAS bagi mengalihkan segala kepincangan dan pengkhianatan Umno kepada orang Melayu-Islam. Baik PAS atau Umno perlukan sokongan orang Cina untuk menang dalam pilihan raya. 

Mana lebih baik antara persahabatan PAS-DAP yang tidak rasuah dan bebas judi dengan persekongkolan Umno-MCA yang rasuah dan mesra judi. Terserah kepada orang Melayu untuk berfikir. Sementelahan pula mutakhir ini terbukti bahawa era MCA dipimpin Chua Soi Lek adalah sangat kuat bencinya kepada Islam.

Umno buta Matematik

Najib kata PAS kerja kuat untuk menangkan DAP. Orang-orang Melayu ditakutkan kemungkinan DAP akan menguasai negara atau beberapa negeri. Sekali lagi Umno tak habis-habis cuba memperbodohkan Melayu.

Di semua kerusi yang DAP memang baik kerusi Parlimen ataupun Dun - kerusi BN yang terus adalah sama ada kerusi MCA, MIC, PPP atau Gerakan. DAP tak kalahkan calon Umno. Bagaimana pula tiba-tiba DAP nak memerintah dan jadi anti-Melayu.

Statistik membuktikan,di seluruh negara ada 222 kerusi Parlimen. DAP hanya boleh bertanding tidak lebih 45 kerusi. Kalau menang 100 peratus DAP tetap tak boleh memerintah. Di Perak ada 59 kerusi Dun tetapi DAP hanya boleh bertanding dan menang di 18 kerusi sahaja. Di Sarawak ada 71 kerusi Dun dan DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja. Takkanlah orang Melayu nak ikut ketololan Umno yang buta Matematik.

Yang benar tetap benar. Kepalsuan tidak mungkin boleh bertahan lama. Politik baru akan terus mewarnai kehidupan rakyat Malaysia. Politik baru bermakna kebenaran, fakta, hujah, ketelusan, keikhlasan dan setiakawan. Politik lama ala Umno akan melabuhkan tirai. 

Sentiman dan perjuangan berdasarkan perkauman, kepentingan kelompok, benci membenci dan curiga mencurigai yang ditaja Umno tetap akan tewas kerana ia batil dan bertentangan dengan fitrah akal manusia.
Umno yang lemas dan cemas tak perlu kecoh. Rakyat ok, ok sahaja

Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus...

Sudah tidak tentu yang mana hujungnya dan yang mana pangkalnya.
 
Politik negara sudah sampai ke tahap yang tidak pernah kita alami seumur hidup kita. bermula dengan isu kecil-kecilan sekarang sudah sampai kepada tahap yang membingungkan kita semua. Pemimpin-pemimpin dan penyokongnya sama sahaja; bermain dengan permainan politik yang terlalu kotor dan menjijikan.

Saya tidak nampak lagi isu yang lebih merbahaya dari isu agama yang di mainkan oleh beberapa kerat manusia ‘desperate’ yang menggunakan isu agama mungkin sebagai isu yang mereka anggap sebagai isu yang paling selesa bagi mereka untuk mencapai matlamat peribadi mereka. Bagi setengah pihak, rasanya yang sedang berkuasa isu ini merupakan jalan yang terakhir yang memungkinkan untuk meneruskan sokongan orang Melayu terutamanya bagi mengekalkan kuasa.

Isu ini isu yang sengaja diada-adakan. Itu pandangan saya dan saya tetap dengan pandangan itu. Seseorang yang hendak diceraikan selalunya akan bercakap tangkap muat untuk melindungi kelamahannya. Politik BN begitulah. Apabila ada rasa-rasa akan ditolak maka isu demi isu akan diperbesarkan dan tentulah mangsanya ialah parti pembangkang.

Ahli-ahli DAP yang kebanyakannya adalah beragama Buddha dituduh mahu meletakan kristian sebagai agama rasmi. Di mana lojiknya kita pun tak tahu. Apabila isu ini diperhangatkan oleh Utusan maka berderu-deru opotunis bercakap dan berucap dengan nada yang keras kononnya akan berjuang habis-habisan. Ibrahim Ali pula akan berjihad untuk Islam. Bila Ibrahim Ali hendak berjihad dalam isu ini secara langsung Ibrahim di dalam hidupnya belum lagi berjihad.

Tetapi apa pun, keadaan politik negara begitu bercelaru dengan berbagai-bagai isu tepian yang begitu ghairah diperbesarkan oleh setengah pihak. Isu sebenar yang membuatkan merudumnya sokongan ramai terhadap kita tidak dipertikaikan dan diperbahaskan dengan betul. Isu agama ini betul-betul isu untuk melarikan dari isu sebenar yang kita hadapi iaitu ketirisan kewangan negara dan nilai budaya yang sudah berubah keterlaluan sehingga kita sudah hilang identiti sebagai parti nasionalis.

Bagi adik-adik yang muda sekarang ini mereka hanya mengenggeh sahaja. UMNO kata orang UMNO kata mereka. Tetapi apabila ditanya apa dia UMNO itu, mereka akan menjawab UMNO membawa bekalan api letrik, membina jalanraya, membekalkan air bersih, memberi lembu pawah, hendak menang pertandingan ketua pemuda dan naikkan sipolan dan sipolan, mesti benci Nik Aziz, mesti tuduh DAP komunis, mesti undi UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan orang Melayu dan berbagai-bagai retorik yang lain.

Ada anak-anak yang muda sekarang ini bercakap dan menulis menggunakan kata-kata kesat seperti BABI, bingai , anjing dan berbagai-bagai lagi istilah kotor dan memanggil nama buruk kepada orang yang mereka tidak suka. Tetapi apabila ada seorang yang mereka takuti menggunakan istilah pandikutti ianya menjadi isu besar sedangkan manusia ini dipanggil dengan berbagai-bagai nama yang kotor seolah-olah manusia yang lain itu bukan ciptaan Tuhan.

Perbalahan politik memang dari dahulu kala berlaku tetapi mereka yang berbalah mempunyai bahasa politik yang lebih berseni dan finesse nya yang tinggi. Kata mengata di antara yang berbalah semasa dahulu ada sempadannya. Sempadannya bukan di adakan dengan undang-undang tetapi persempadanan kata mengata itu digariskan dengan etika dan budaya bangsa yang begitu tinggi. 

Bergaduh, tetapi ada sempadan moralnya. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut dikeluarkan. Seperti kita bersolat, ada tata caranya. Dalam solat wajib ada sunatnya dalam solat sunat itu ada wajibnya. Bersolat waktu yang wajib, membaca ayat lazim itu adalah sunat, di dalam sembahyang sunat itu membaca al-fatihah itu adalah wajib. Pendeknya ada wajibnya dan ada sunatnya.
Kita lupa nasihat agama kita; apabila terjumpa perkara yang buruk, jangan terus dibuang, kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga kalau terjumpa perkara yang cantik molek jangan terus diterkam kerana mungkin ada celaka disebaliknya.

UMNO seolah-olah adalah ‘the almighty’. Segala-galanya datangnya dari UMNO bukannya dari Tuhan. Takburnya tidak terhingga. Kata mereka kalau tidak ada UMNO Melayu tidak boleh hidup. Tetapi apabila Melayu yang cuba untuk membuktikan yang UMNO bukan penentu segala-galanya mereka memaki hamun dan mencerca puak ini. Kalau benar UMNO adalah penentu kepada semua bagaimana masih ramai orang Melayu yang terkapai-kapai; hanya pemimpin-pemimpin sahaja yang kaya raya dan hidup ‘glamorous’ yang tidak terbatas oleh adat dan budaya bangsa kita.

UMNO membawa isu rasis, tetapi yang dituduhnya membawa isu rasis itu ialah DAP. Orang Cina tidak akan ada representasi dalam kerajaan jika MCA tewas dalam pilihanraya. Tetapi orang Melayu lupa yang paling banyak menyumbang kepada kantung kerajaan pada hari ini adalah orang Cina yang telah berjaya di dalam perniagaan mereka. Merekalah yang pembayar cukai yang paling banyak kepada kerajaan.

Bangsa Cina tidak menghormati mereka kerana kita tidak berfikir sebelum bercakap. Kaum Cina hanya meminta kerajaan yang telus dan mereka tidak gemar cukai yang banyak dibayar oleh mereka ke dalam perbendaharaan kerajaan itu terlalu banyak diselewengkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Tetapi apabila saya bercakap seperti ini saya akan dituduh menyokong kaum Cina dan tidak hormat kepada kaum sendiri.

Kita selalu lupa yang ‘respect has got to be earned’. Itulah sebabnya ramai di antara yang berfikir tidak lagi mahu bergiat kerana kami tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan itu dan kami mengharapkan pemimpin kita untuk mendapatkannya. Orang seperti saya yang kerdil ini sedar yang kami tidak berkemampuan untuk mendapatkan penghormatan sebagai pemimpin maka kami berundur dari awal lagi.

Tetapi pemimpin Melayu yang diharapkan untuk mendapatkan penghormatan itu tidak juga berjaya menjadi pemimpin yang ‘magnanimous’ dan terus sahaja mengertak kesana dan mengugut di sini dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan pernghormatan yang sangat penting itu secara natural. DAN mereka tidak pula mahu berfikir kenapa mereka gagal untuk mendapatkan penghormatan itu. Apabila menemui kegagalan maka pihak lain pula dipersalahkan. Pihak sendiri tidak juga bersalah.

Sesungguhnya rakyat tidak banyak masalah untuk menentukan sikap politik mereka. “Yang bermasalah ialah pemimpin-pemimpin yang sudah hilang hidayah” kata seorang kawan professor dari universiti tempatan. ~aspan alias


MENGAPA MELAYU UMNO BENCI DAP ?

Parti DAP di Malaysia ini telahpun berada di negara ini sebagai salah satu parti "yang di iktiraf " oleh kerajaan Malaysia dan anggota parti ini  tetap kekal dengan kebanyakan anggota partinya yang  terdiri dari kaum cina, parti ini tidak menyertai BN kerana mungkin mereka tidak sesuai dengan parti UMNO yang dasarnya berasaskan  puak dan kaum yang  mengepalai parti-parti di dalam BN demikian juga dengan parti yang lain yang bersama dengan BN ertinya semua parti di dalam BN dasar mereka lebih kurang sama sahaja dengan UMNO iaitu berdasarkan kepada kaum.

Parti DAP tidak berdasarkan kepada kaum ia hidup di negara ini berdasarkan demokratik iaitu menyemai dasar demokratik kepada semua kaum yang menuju kepada sama rata dan sama rasa ertinya semua kaum berhak memiliki apa-apa saja peluang yang ada dan mungkinlah dasar ini yang di tiru oleh UMNO/BN iaitu 1 Malaysia yang di perkenalkan oleh kerajaan Malaysia sekalipun dasar ini ada tertambat dengan kelebihan hak kepada kaum bumiputra dalam perkara tertentu.
Jika kita lihat dasar perjuangan parti-parti di Malaysia ini maka dasar DAP dan pengertiannya adalah lebih baik dan sesuai dari dasar parti-parti yang ada di dalam BN inilah yang dapat kita lihat dengan secara kasarnya sekalipun DAP ini di tuduh sebagai kominis, namun kita perlu ingat di dalam UMNO juga telah terdapat anggotanya sebagai kominis di zaman Tun Razak yang mereka ini terdiri dari kalangan pucuk pimpinan UMNO sendiri dan di kalangan orang cina juga terdapat kominis yang di ketuai oleh Chi Peng, akan tetapi di zaman Chin Peng orang melayu juga lebih ramai dari kaum cina yang jadi kominis seperti Rasyid Maidin, Syamsiyah Fakeh, Abdullah Saidi, Haji Bimah dan lainya.

So mengapa orang melayu UMNO benci DAP ?

JAWAPANNYA IALAH SEMATA-MATA KERANA ANGGOTA DAP INI DI ANGGOTAI 99 % ORANG CINA SELAINNYA KAUM INDIA

DAP ketepikan Cina utamakan Melayu, dakwa MCA

PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.

Kenapa Muhyiddin & Umno WAJIB singkir Najib..

 Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.

Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaan yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.

Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.

Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.

Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.

Sehingga sebelum Najib berangkat menemui Ratu Elizabeth dan PM British, David Cameron, akhbar-akhbar di negara berkenaan melabelkan beliau sama seperti diktator Mesir, bekas Presiden Hosni Mubarak.

Malah akhbar Guardian yang berpengaruh di United Kingdom memaparkan rencana bertajuk “Mubarak Model”, apabila merujuk kepada cara polis Malaysia yang bertindak ganas ke atas peserta demonstrasi Bersih 2.0.

Dalam satu tulisan, mereka menggesa PM Malaysia dengan mengatakan “Malaysia’s Najib Must Abandon The Mubarak Model”.

Akhbar tersebut juga memberi amaran kepada Najib, bahawa beliau akan menghadapi tekanan dan kritikan global, kerana cara beliau mengendalikan Bersih 2.0 bertentangan dengan norma kebebasan hak asasi yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Seorang kolumnis akhbar harian di UK, Simon Tisdall membelasan Najib dan memberi amaran kepada beliau bahawa di bawah kepimpinannya Malaysia sudah mengambil pendekatan diktator seperti Hosni Mubarak.

Malah akhbar-akhbar di UK juga menggesa PM mereka supaya mengambil kira rekod buruk Najib yang tidak langsung menghormati hak asasi kemanusiaan, sebelum berunding mengenai hubungan dua hala serta perdagangan.

Najib dikritik keras oleh Amnesty International, yang menjadi saksi ramai peserta demonstrasi yang cedera, mengalami pendarahan akibat dipukul oleh polis.

Bantahan dan tekanan terhadap kerakusan pihak polis tidak akan terhenti selagi pihak yang bertanggungjawab tidak diheret ke muka pengadilan.

Najib berada dalam keadaan “serba tak kena” kerana beliau akan terus menerima tekanan dari dalam dan luar negara, akibat kesilapan kerajaan menangani tuntutan rakyat.

Najib barangkali lupa bahawa beliau berhadapan dengan kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang tidak mempercayai sistem pilihan raya di Malaysia bebas dan demokratik, rakyat yang sangsi dengan system kehakiman dan rakyat yang tidak boleh menerima tindakan ganas polis terhadap mereka.

Najib jumpa, bahawa ini adalah perhimpunan rakyat yang tulen, bukannya perhimpunan yang diangkut dengan bas-bas, dijamu dengan nasi bungkus dan sebagainya, seperti yang dilakukan dalam perhimpunan tajaan Umno-BN.

Rakyat akan terus membuat tuntutan, rakyat akan terus tegakkan keadilan. Tiada istilah berundur pada hati dan jiwa rakyat.

Rakyat tidak akan berhenti dan tidak akan berpuashati selagi Najib tidak diundurkan, selagi Umno-BN tidak diturunkan dari tampuk pemerintahan.

p/s Kak Yong komer pesan... Kalo anak buah pon dah meluat, elok ler undor diri. Keh kehh kehhh...

Khamis, 28 Julai 2011

Anti Establisma #BERSIH Oleh Fahmi Reza..

Awesome!

Fahmi Reza bukan nama yang asing dalam pergerakan politik haluan kiri Malaysia. Karya beliau seperti 10 Tahun Sebelum Merdeka is probably one of the best documentary ever made but never shown on TV . Fahmi seorang yang lantang menyuarakan pendapat beliau tentang hak pelajar universiti dan peranan anak muda dalam merubah lanskap politik negara. Beliau sungguh berani bersuara sehingga beliau sudah kena ban dari muncul di kebanyakkan IPT negara. Dibawah ialah 10 poster yang
dibuat beliau sempena perhimpunan Bersih 9 Julai yang lalu. All I can say is..... BAD ASS!
Link





Demo Yang BERSIH dan Aman Sebab Polis Bertamadun!!

Polis di Turki elok jer escort pendemo. Gambor diamik di Zonguldak, Laut Hitam, Januari 2011.

Assalamualaikum dan Salam Aman,


Teman takde mood nak tulis panjang-panjang sebab nak layan website fasal laporan demo BERSIH di KL.


Just nak buat perbandingan antara demo di Malaysia dan di Turki yang teman tengok dalam bulan Januari 2011.


Buleh dikatakan tiap ari ada demo kat Turki, dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang aman ada yang agak tak aman. Baling-baling molotov, batu, gas pemedih ada tapi tak selalu. Kalau deme berarak secara aman, no problem, polis tak kacau pun, siap jalan sesama lagi!


Ahhh layan jer gambor-gambor ni yek...teman nak surf baca blog politik nih! 



Sambe berarak deme melaung-laung slogan, menyanyi dan bersiul-siul. Takde jalan diblock atau kedai tutup.




Elok jer deme berarak. Polis tak kaco sebab deme nak berarak jer sambe melaung-laung. Jalan pun tak sesak, takde jem.


So apa masalahnya kat Malaysia ni?


Mungkin teman akan dok Turki. Kat Malaysia dah rasa cam dok negara kominis!


Mana tau camne negara kominis?


Sebab teman penah gi sebuah negara kominis...merasalah jugak keadaan bila pergerakan rakyat disekat, dihalang dan dipantau!


Mana pulak passport teman nih...

10 Tokoh Malaysia Berdarah Indonesia..

1. Tun Abdul Razak
 

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj merupakan anak sulung Dato' Hussein bin Mohd. Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Ia memiliki darah bangsawan Bugis yang datang ke Malaya pada abad ke-19.



2. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, sama seperti Tun Abdul Razak, beliau juga memiliki darah Bugis.
 


3. Leftenan Adnan
Adnan bin Saidi atau lebih dikenal sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarga keturunan Minangkabau.


4. Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10 (26 April 1994 hingga 25 April 1999) dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-4 dan anak dari Yang di-Pertuan Agung yang pertama. Baginda memiliki darah Minangkabau.



5. Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo
Dato' Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo (lahir di Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor, 6 Ogos 1965) adalah bekas Ketua Menteri Selangor memiliki jejak keturunan Jawa.


6. Dato' Sri Najib Razak
Anak kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Masih memiliki darah bangsawan Bugis.



7. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim lahir dari pasangan yang berasal dari Minangkabau, Indonesia iaitu Mohammad Yatim@Jatin bin Tahir (ayah) dan Siandam (ibu). Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. Pada tahun 1920-an, ayahnya merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu.


8. Raja Melewar
Raja Melewar atau nama sebenarnya, Yang Maha Mulia Paduka Sri Tuanku Sultan Mahmud Syah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pertama yang memerintah dari tahun 1773-1795. Merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil (raja Pagaruyung) dari barat Sumatera yang datang untuk memerintah negeri itu selepas delegasi daripada ketua-ketua tempatan mencari pemimpin baru bagi Negeri Sembilan telah dihantar ke wilayah Minangkabau.


9. Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia pertama dikatakan mempunyai darah keturunan Bugis.


10. Syeikh Muhammad Saleh Al-Minankabawi
MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa perkara yang masih bersimpang-siur. Terdapat dua nama mengenai orang tuanya, iaitu ‘Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama ‘Abdullah digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan. Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933 Masihi di Kuala Lumpur.

Rabu, 27 Julai 2011

Bob dan Anugerah "Berus Gigi"


Salam Solidaritas...

Kak Yong sediakan 'tempek pisang' berinti kelapa parot untok sarapan pagi. Disulam dengan kopi O, sudah tentulah merupakan gandingan amat sesuai sebagai pembuka selera. Ni yang buat Yob sayang sangat dengan Kak Yong kamu ni...Pagi ni, Kak Yong kamu berpakaian ala ala Tussy, comey sesangat. Hehehehe...


Yob mencapai henpon, lantas memainkan lagu '3 Little Bird'. Lagu wajib bila Yob bangun atau bersarapan. Lirik yang amat mudah, catchy yang dimulai dengan.. "Dont worry bout a thing, every little thing gonna be alright,,,". Pemilik dan penyanyi lagu ini? Bob Marley laaa... Adehhh

Cerita pasey Bob Marley ni, majoriti akan kaitkan dengan ganja. Nak buat macam mana kan... takat tu je lah tahap pemikiran demer mengenai Bob, demer ni suka ambik yang keroh je, yang jernih demer buang.Warghkahkahkah... pemikir dalam kepompong abad ke 18 belas. 

Sebenornya, lagu Bob ni banyak berkesah kepada perjuangannya menentang 'kezaliman'.  "Is this love, Natural Mystic, Redemption Song, Buffalo Soldier dan banyak lagi.

Malah, ramai penyanyi yang terikut dengan konsep Bob ni. M Nasir dari Singapura, Ebiet G Ade dari Indonesia, Freddie Angular dari Filipina. Mesej ketuhanan, kemanusiaan dan alam menjadi elemen penting dalam lagu lagu ciptaan mereka. 

Malaysia..? Belum ada lagi penyanyi yang buleh Yob banggakan. Paling hampir pon, Zainal Abidin. Tapi kebanyakan lagu dari album 'Hijau' adalah hasil tangan Mukhlis Nor...


"Bang... berenti le kejap dengan blog tuu..." suara manja dari Kak Yong kamu. 


Tersentak, Yob tersengeh dan kembali kealam realiti. Yob merenung jari jemari Kak Yong kamu yang mulus, Jari itulah yang menyediakan makan minom kami sekeluarga. Membersih rumah, menjaga 7 orang anak hasil dari pelaburan jangka panjang. Membasuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain selama 24 tahon. Syurgalah ditangan mu, tuhanlah disisi mu....


"Apa lagi yang dimenong tu bang..? Teringat Sunway ekk..?" Kak Yong kamu melontar soalan cepumas. Keh kehh kehhh!


"Yang.." Yob bertanya sambil merenung jauh kedalam anak mata Kak Yong kamu.


"Saya bang.." seperti biasa, lontaran suara manja dari Kak Yong.


"Kalau kalaulah ada anugerah untok ahli politik Malaysia, apakah bentok anugerah yang Ayang akan berikan dan kepada siapa..?" Yob teruskan soalan sambil mengunyah 'tempek pisang' Kak Yong.


Kak Yong kamu tersenyum dan mengesyorkan "Anugerah Berus Gigi". Ahli politik ni nafasnya berbau busok. Sebelom jadi wakil rakyat, lembot lidah dari gigi. Bila dah jadi YB, rakyat dah tak dipeduli. Yang mereka pentingkan kumpol duit berguni guni bersama kroni.


"Masa hari jadi YB, abang bagi jer hadiah satu set berus gigi dengan ubat gigi, dan suroh kekawan abang bagi hadiah yang sama.. kikiki" Kak Yong kamu ketawa malu malu anak dara.


'Dan calon calon penerimanya..?" Yob mengusik Kak Yong kamu lagi.


"Pertama, Najib Razak. Kedua Hishamuddin. Ketiga Ketua Polis Negara. Keempat Ibrahim Ali.. semua ni layak menerima 'Anugerah Berus Gigi'. Nafas mereka berbau, walau pon mereka ni mempunyai barisan gigi yang cantek..." Dengan selamba Kak Yong kamu menjawab dan merenong mata Yob.


Yob ketawa dipagi hening. Warghkahkahkah, warghkahkahkah, warghkahkahkah! Ayat terakhir Kak Yong kamu memang berbisa. "Apa guna punyai gigi yang cantek, tetapi napas berbau busok..".


Pendek cerita, Yob ngan Kak Yong kamu menghabiskan perbincangan dan menghabiskan makanan pagi dengan suasana santai dan ceria. Entah sampai bila ya..?


Diam diam... Yob mainkan lagi "Apabila IsteriKu Tertawa" dendangan Sohaimi Mior Hasan. Bukan main suka lagi Kak Yong kamu. Heheheheh... Lagu ini memang lagu nostalgia kami berdua...


Ciao....

Yellow Is Kuning..








Penthouse harga RM38 juta?


Terkejut beruk makyeh saya baca berita ni (walaupun dah lama publish) lepas dok google pasal penthouse-penthouse kat Malaysia ni. Dan menurut sumber berita ni, penthouse ni dibeli oleh tokoh korporat Malaysia yang namanya tersenarai dalam majalah Forbes.

Usah banyak berteka-teki, apartment ini ialah The Binjai On The Park yang merupakan satu-satunya apartment yang terletak dalam kawasan taman KLCC. Pemandangan semua unit apartment di sini adalah merupakan satu-satunya yang menampakkan penuh pemandangan menara berkembas Petronas. Sebab tu la yang mahal. 


Kebanyakan harga lot di sini adalah RM2600 sekaki persegi, bermaksud harga 1 unit apartment adalah RM5.5 juta ke atas!!

Tak payah cakap banyak, mari kita layan interior design di kediaman contoh kondominium ini.



















p/s Kak Yong tanya... bila le kita dapat beli satu? Yob senyom je..

Cara Nak Lajukan Broadband Bagi Yang Dah Abis Limit...

PERHATIAN : Kalo anda jenis buta IT, jangan suroh orang lain buat. Nanti tak pasal pasal tudoh orang curi maklumat.

Salam... Korang macan Yob tak? Guna broadband sampai tengah bulan dah abis limit. Broadband ni kalo main game kat Facebook, cepat la abis bandwidth tu. 



 Tengok la penggunaan Yob bulan ni. Yang dalam petak merah tu. Dah 6 GB lebih...

Camana nak buat Celcom tak leh kawal speed kita? Ok camni caranya...

1)
Pastikan waktu ni dah connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok...





Kalo Windows Vista @ 7, tekan "cmd" tekan search tu...

2) Akan kuar command prompt mcm kt bwh ni. Tulis "ipconfig/all" dan enter...




3) Bila dah enter akan keluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tengok gambar kat bawah untok pilih yang mana betol...




4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.175.53.131 -t   macam gambar kat bawah. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam kat bawah. Kalo tak kuar macam kat bawah maksudnya tak berjaya la tu...




5) Biarkan benda ni jalan selama mana korang online. Kalo dah tanak, tekan pangkah tu ja.

Proses nie akan buat korang akan sentiasa ada connection dengan server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (budak2 network n IT tau la apa benda ni) jadi website lebih cepat loading...


Tip ni untuk semua jenis broadband tak kira la CELCOM, MAXIS, DIGI asalkan broadband tapi Yob guna Windows XP, jadi untok yang guna lain tu mugkin ada beza sikit...


p/s Kak Yong komer dah terrer wehhh.... Warghkahkahkah!