♪ Siapakah diantara kita ♪
♪ Dengan rela menjadi pendusta ♪
♪Siapakah dulu membina harapan ♪
♪ Dan siapa yang memusnahkan impian ♪
Kita diasuh berpuluh tahun untuk mempercayai bahawa Umno lah yangbertanggungjawab untuk kemerdekaan negara, dan kita mesti bersyukur dan berterima kasih selama lamanya . Dengan berunding dengan British, Umno memperoleh kemerdekaan tanpa menumpahkan setitik darah.
Tanpa menumpahkan setitik darah?
Bagaimana dengan komunis yang menentang Jepun dan British? Kita mungkin tidak sealiran dengan ideologi mereka, tetapi apa sebabnya perjuangan mereka menentang kolonialisma tidak diiktiraf?
Bagaimana pula dengan perjuangan parti Melayu yang lain, PKMM? Mereka yang bertentangan dengan Umno - sangat anti-British & berhaluan kiri, yang dinyatakan didalam buku-buku sejarah kita sebagai 'radikal'. Sebenarnya merekalah yang memulakan laungan perjuangan 'Merdeka!'.
Ahli-ahli mereka ditangkap & dipenjara oleh British yang melihat mereka sebagai satu ancaman, lebih suka berbual dengan rakan-rakan mereka yang pro British, iaitu - Umno.
Sumbangan semua kumpulan-kumpulan yang berhaluan kiri dan menggunakan cara yang berlainan untuk melawan British telah dipadamkan atau dikurangkan kepada beberapa ayat dalam buku teks. Jadi, kita hanya mengetahui bahawa kemerdekaan kita telah disampaikan diatas dulang perak.
Sejarah kita diputarbelitkan ... Sudah tibakah masanya kita mengiktiraf wira wira Tanpa Nama ini..?
Jika anda mempunyai masa, tontonlah dokumentari ini, "10 Tahun sebelum Merdeka", bahagian 1 hingga 4. Selamat menonton...
p/s Berdosakah aku, tidak patriotikkah aku, jika tidak mengibar Jalur Gemilang..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan