Jumaat, 12 Ogos 2011

Umno dan DAP : Siapa Jahat ?


Tok Guru Nik Aziz pun dah sebut, DAP tak pernah tipu PAS, tetapi UMNO dan berkali-kali tipu PAS. Fahamnya, UMNO lagi jahat. 


DAP dan UMNO, sama-sama tolak Islam. DAP tolak Islam, terang-terang dia kata dia tolak Islam. Tapi UMNO tolak Islam, mulutnya tak habis-habis ratib dengan kalimah sokong islam. Nak bagi menarik sikit, tambah Hadhari di zaman Pak Lah, Madani di zaman Anwar Ibrahim dan penerapan nilai-nilai Islam di zaman
Mahathir Muhammad.


Dari kefahaman inilah, amat sesuai dilebelkan UMNO sebagai golongan yang dibenci. UMNO mempunyai ulama-ulama yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama.


Mereka mempunyai Mashitah, Firdaus, Yusuf Nor, Wan Mokhtar, Hamid Osman dan berbagai-bagai nama yang boleh dilebelkan sebagai ulama.


Bahkan bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri, yang merupakan bekas Presiden UMNO itu adalah cucu tok guru. Cucu kepada orang yang terawal terlibat dengan perjuangan memenangkan islam dengan menggunakan wadah PAS. (Apa ada pada keturunan... iman bukan boleh diwarisi....)


DAP pula sebuah parti yang sudah pasti tidak islam. Mereka sama sekali tidak memahami Islam. Mereka tidak faham Islam. Bahkan yang lebih parah, mereka ditipu tentang Islam oleh UMNO.


Memang UMNO dasar parti yahudi melayu......


Pakatan rakyat merupakan berhikmat dalam menyeru DAP kepada Islam, mungkin ianya ada kebenaran. Masakan tidak, Lim Guan Eng nak buat pemerintahan Omar Abdul Aziz....




Adakah boleh percaya dengan UMNO untuk memartabatkan Islam ??? 


Islam telah berjaya diburukan oleh UMNO. UMNO juga benci kepada Islam. mereka benci Islam kerana mereka sudah tanam doktrin bahawa Islam tidak akan membawa keamanan. 


Mereka nampak Islam adalah zalim. Islam ini mengongkong. Islam ini lembab. Islam ini macam-macam lebel negative yang mereka berikan kepada Islam. pun begitu, mereka tetap mengaku bahawa mereka orang islam. mereka mengucap syahadah juga.


Mungkin inilah satu golongan manusia yang boleh disebut sebagai muslim Harbi.


Jika dibandingkan antara UMNO dan DAP, mudharat UMNO lebih besar berbanding DAP. Buktinya adalah negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang.


Selangor dikala pemerintahan BN yang didominasi oleh UMNO, membuktikan bahawa PAS dihalang menyampaikan mesej Islam, bermula dari masjid sampailah ke tanah lapang.


Keadaan ini berbeza dengan Pulau Pinang selepas pilihanraya ke 12, iaitu setelah dikuasai oleh DAP. Yang mana, harakahdaily sendiri menyiarkan bahawa Ustaz Sabri Arshad sudah dibenarkan menyampaikan ceramah bukan sahaja di Masjid, tetapi di kuil hindu.


Keadaan ini menjadi jelas, UMNO lebih mudharat berbanding DAP. Dengan itu, mengapa tidak kuatkan dakwah kepada DAP. Tunjukkan kepada mereka, bahawa Islam lebih indah berbanding cara UMNO. Kalau ini berjaya dilakukan, tidak mustahil selepas ini, bukan Lim Guan Eng sahaja nak buat pemerintahan Omar bin Abdul Aziz.



Tiada ulasan: