Hubungan Sentimental Anwar – Azmin
Ummi Hafilda dalam posting terbaru di blognya, srikandi7.blogspot.com mendedahkan Azmin Ali sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menjadi si Tanggang semata-mata kasihnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Azmin Ali dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya. Bapanya, Haji Ali bin Omar, seorang pesara tentera dan guru agama mengajar al Quran dan ibunya hanya seorang surirumah. Mereka sekeluarga menetap di Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur.
Untuk menyara kehidupan ketika Azmin berusia 17 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai peladang dan pengembala kambing.
Menjadi ‘Anak Angkat’ Dr Mahathir
Azmin cemerlang dalam pelajaran. Pada tahun 1986 berjaya memasuki Universiti Minnesota, Amerika Syarikat.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia telah menerima sepucuk surat daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Minnesota, Dr.Robert Heller yang menyokong Azmin Ali diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia.
Untuk mengesahkan kebenaran surat daripada Universiti Minnesota itu, Dr Mahathir menghantar duta Malaysia di sana untuk menyelidik kebenarannya.
Surat itu sahih dan Dr Mahathir mengambil Azmin sebagai ‘anak angkatnya’. Ketika itu riuh sekampung, bangga Azmin satu-satu anak Melayu yang berjaya menarik perhatian Perdana Menteri (PM).
Dalam usia 23 tahun pada tahun 1987, Azmin kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai Pegawai Khas kepada PM. Ketika bertugas di pejabat PM, Azmin tersempak dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Pendidikan.
Anwar secara peribadi tertarik dengan keperibadian Azmin. Seorang lelaki muda, berusia 23 tahun, tinggi, kulit putih, muka licin dan berpakaian kemas.
Lantas Anwar memberitahu Dr Mahathir bahawa beliau berminat ‘meminjamkan Azmin untuk beberapa bulan’ di pejabatnya kerana menggantikan Nasaruddin Jalil, Setiausaha Sulitnya yang memohon cuti untuk melanjutkan pelajaran ke London.
Dapat Wang Besar Jadi Setiausaha Anwar
Semasa bekerja dengan Anwar, Azmin dilayan cukup istimewa dengan kemewahan wang ringgit, hinggakan apabila Nasaruddin kembali bertugas di pejabat Anwar, Azmin tidak mahu lagi kembali bertugas di pejabat PM.
Bermula dengan jawatan Pembantu Khas kepada Anwar, dari 1 Oktober 1987 – 3 April 1989, akhirnya Azmin dilantik sebagai Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Pendidikan berkuatkuasa pada 4 April 1989 dan seterusnya disambung kontrak ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jawatan terakhirnya kekal sebagai Setiausaha Sulit sehingga ke tarikh pemecatan Anwar pada 2 September 1998.
Semasa menjadi Pegawai Khas Anwar, pada 8 Ogos 1988, Azmin mengahwini Shamshida Taharin, kenalan wanitanya ketika sama-sama menuntut di Universiti Minnesota.
Dr Mahathir selaku PM sanggup hadir ke Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur untuk meraikan pasangan pengantin itu. Anwar, selaku Menteri Pendidikan ketika itu juga turut hadir. Ketika itu, Anwar sudah merenung tepat kepada Shamshida, kata Ummi.
Ummi mendakwa ‘ada rahsia besar’ yang Nasaruddin (arwah) beritahunya berkenaan Azmin-Anwar yang dia tidak akan dedahkan di blog, tetapi akan mendedahkan di mahkamah dengan memanggil seorang saksi.
Menurutnya lagi, ketika bulan pertama Azmin bekerja dengan Anwar, dia membawa pulang sejumlah wang bernilai RM300,000, wang tunai yang dibungkus dalam kertas surat khabar. Wang itu hadiah daripada seorang tokey balak Sarawak, bernama Wong yang merupakan kenalan rapat Anwar.
Oleh kerana kali pertama Azmin mendapat hadiah wang besar, dia menggigil ketika itu dan meminta nasihat abang iparnya, Said, yang merupakan pekerja salah sebuah bank. Azmin bertanya abang iparnya, bagaimana mahu menyimpan wang sebanyak itu supaya tidak dikesan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Tidak lama selepas itu, Azmin membuat keputusan semua pemberian hadiah wang itu diletakkan ke dalam akaun isterinya, Shamshida Taharin.
Selepas itu, semakin banyak lambakan wang disalurkan ke akaun Shamshida, bayangkan di usia 25 tahun, Azmin sudah menjadi jutawan. Semuanya hasil pemberian Anwar.
Ummi turut menceritakan betapa sayangnya Dr Mahathir kepada Azmin, hinggakan semasa Azmin menjalani pembuangan satu buah pinggang di Hospital Tawakal, Dr Mahathir sering datang melawat.
“Walaupun dia (Dr Mahathir) sibuk sebagai PM. Aku dan mak cukup terharu, satu insiden di mana di depan mata mata kami Dr Mahathir sanggupkan lapkan badan kau dengan tuala suam di seluruh badan kau selepas pembedahan.
“Bergenang air mata kami, sifat mulia seorang doktor yang begitu terserlah sehingga terlupa bahawa dia (Dr Mahathir) adalah seorang Perdana Menteri yang dikagumi di seluruh dunia”, kata Ummi.
Dalam kesempatan itu juga Ummi Hafilda mewakili ibunya dan kakak-kakaknya memohon maaf di atas kebiadapan Azmin yang menyumpah agar Dr Mahathir mati cepat ketika bekas Perdana Menteri itu menjalani rawatan baru-baru ini.
“Malu kami sekeluarga, kerana ketika dia (Azmin) sakit Dr Mahathir lapkan badannya, arahkan pihak hospital menyediakan doktor tebaik, makanan terbaik, ubat terbaik. Tapi hari ini bila Dr Mahathir sakit, ditertawakannya, disumpahnya didepan umum supaya cepat mati”,katanya lagi.
P/S Kak Yong komer kata... Ini semua "sandiwara politik". Warghkahkahkah..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan