KATAKAN "TIDAK" KEPADA UMNO...!
DAP adalah nyawa berharga Melayu Umno untuk terus merembat hak rakyat!!!
Melayu Umno boleh buat apa sahaja, Umno boleh tipu orang-orang Melayu Umno sepuas-puas nafsunya, Umno boleh bunuh orang-orang Melayu Islam seperti yang dilakukannya di Memali, buatlah apa sahaja, ia akan terus berkuasa kerana nyawa berharganya sentiasa ada. DAP sentiasa ada untuk menyambung kebua...san kuasa Melayu Umno.
Apabila orang-orang Melayu Umno tiba-tiba jadi sedar diri dan mahu melawan Umno, parti itu akan cepat-cepat memberi amaran, "jangan lawan kami, nanti DAP akan perintah! Habis orang-orang Melayu Umno!"
DAP sentiasa menjadi alasan yang sangat convenient dan tersedia kepada Umno. Orang Melayu Umno pula dengan manja merelakan diri mereka diperbodohkan Umno.
Sebab itulah ada pemimpin Melayu Umno yang berani menyatakan mereka tidak perlu lagi undi orang-orang Cina dan India. Melayu Umno terlalu yakin bahawa ia telah berjaya memperbodohkan kira-kira 70 peratus orang Melayu Umno untuk menyambung kesedapannya merembat harta rakyat.
Walaupun paling banyak DAP akan mendapat kira-kira 40 kerusi sahaja, parti itu tetap dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu Umno. Seolah-olah semua orang Melayu Umno dalam negara ini akan sua tengkuk untuk diperkudakan oleh DAP jika ia menang kira-kira 40 kerusi tersebut.
Dewa sembahan jiwa 'asabiyyah orang-orang Melayu Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak kian galak menggadaikan maruah dan hak negara kepada Singapura.
Paham sekarang..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan