Ahad, 28 Ogos 2011

TUNKU AZIZ : DAP mahu rakyat buat perubahan.


"Kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia," kata Tunku Aziz.

 
PETALING JAYA: Naib Presiden DAP Tunku Aziz Ibrahim menyeru rakyat di negara ini melakukan perubahan kerana kerajaan Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah negara ini.

“Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan kerana selama 54 tahun itu kerajaan yang ada tidak pernah berubah atau melakukan reformasi,” katanya ketika ditemui FMT pada majlis iftar Ramadhan anjuran parti itu di ibu negara kelmarin.

Ujar beliau, “saya percaya perubahan yang akan berlaku nanti (dalam pilihan raya umum ke 13) merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat.”

Menurut Tunku Aziz, walau pun Barisan Nasional memberi sogokan wang untuk memancing rakyat dan para pengundi tetapi rakyat diminta mengundi calon dari parti pembangkang.

Mengenai konsep 1Malaysia, beliau berkata beliau menyokong pengenalan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaannya.

Tanpa mengulas lebih lanjut beliau berkata, “kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.”

Hadir sama tokoh veteran dan juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin kanan lain.

Tiada ulasan: