Inilah ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan 'menghina pejuang negara oleh lidah Umno DAN Utusan Meloya.
Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.
Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.
Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.
Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.
Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?
Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD??
p/s Apakah Buku Sejarah akan dipinda semula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan