KUALA TERENGGANU — Masyarakat berketurunan Cina di negeri ini diminta untuk bersama-sama membantu Barisan Nasional (BN) dalam semangat setiakawan, membantu parti ini menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di negeri ini adalah minoriti, namun peranan serta komitmen mereka sangat penting bagi membolehkan BN merampas kembali beberapa kerusi yang dimenangi parti pembangkang.
"Kita berharap masyarakat Tionghua di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajan BN dan saya yakin mereka tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Bangunan Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu di sini hari ini.
Beliau turut berharap kira-kira 9,000 pengundi Cina di negeri ini bersatu bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang selain bersama-sama mencorak kestabilan politik dan pembangunan di Terengganu. — Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan