Selasa, 9 Ogos 2011

PILU... Galeri Stesen Keretapi KTM Tanjung Pagar aka The Keppel Road

Dipos oleh Syed Azharul Asriq


Mulai, 1 Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak lagi beroperasi. Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar.

- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.


- Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.


- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama di Singapura.



- Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.



- Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.



 

  
 
 

 
 
 
 







 
 
 












Tiada ulasan: