Jika DAP memang dalang rusuhan itu, maka soalnya, apakah manfaatnya DAP berbuat demikian? Ia telah menyertai pilihanraya menurut peruntukan undang-undang dan telah   mencapai kemenangan yang paling cemerlang ketika itu. Memang tiada   masuk akal and tiada motif untuk DAP menimbulkan rusuhan.
By Lee Wee Tak
  
Sekian lama, UMNO sedaya upaya cuba menghumban apa sahaja kutukan dan   fitnah sama ada menerusi Utusan Malaysia dan baru-baru ini Perkasa   terhadap DAP. Kononnya DAP dalang rusuhan Mei 13 1969, DAP parti komunis, DAP anti-Melayu dan DAP anti-Islam.
Jika DAP memang dalang rusuhan itu, maka soalnya, apakah manfaatnya DAP berbuat demikian? Ia telah menyertai pilihanraya menurut peruntukan undang-undang dan telah   mencapai kemenangan yang paling cemerlang ketika itu. Memang tiada   masuk akal and tiada motif untuk DAP menimbulkan rusuhan.  
Hakikatnya siapakah yang telah mengambil kesempatan mengantung parlimen pilihan rakyat selama dua tahun? Perlukah   parlimen untuk seluruh Malaysia digantung kerana rusuhan di Kuala   Lumpur yang telah ditumpaskan dalam tempoh beberapa hari? 
Siapakah   yang menimbulkan rusuhan ini sampai sekarang belum kita tahu lagi. Apa   yang saya tahu adalah semasa rusuhan tercetus, Lim Kit Siang berada di   Sabah untuk berkempen di situ dan tanpa alat perhubungan canggih kini,   masakan beliau mengetuai kerja-kerja keji itu?
Di Malaysia, walaupun seseorang itu disyaki membunuh, merogol, mencuri atau apa-apa jenayah pun, dia berhak mendapat peluang disiasat, membela diri dan menjawab tuduhan terhadapnya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kurun ke-21 ini, masyarakat Melayu tumpuan propaganda UMNO ini khasnya berhak mendengar suara daripada pihak DAP supaya dapat meneliti hujah kedua pihak untuk menentukan kebenaran.
Maka buku bertajuk “Malaysia Milik Kita Bersama: Perjuangan 45 tahun Parti Tindakan Demokratik” karangan saudara Wan Hamidi ini   harus dijadikan rujukan, akhbar Roket serta   halaman facebook Roketkini untuk tatapan rakyat yang berhak memahami   keadaan nan sebenarnya kerana ini akan menjadikan mereka pengundi yang   lebih arif.

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan