Sabtu, 30 April 2011

Bila pengarah video lucah bersumpah..

Oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah. Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah “Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja”.

Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin.

Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya,“Kalau betul, bagaimana?”

Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana ‘kalau benar’ akan dibuktikan kemudian.

Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?

Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!

Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan :“Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya”.

Peristiwa fitnah ke atas Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassurin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat.

Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam

TRIO DATUK T KENA PERLI..

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa?
 
Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.
 
Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.
 
Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.
 
Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.
 
Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon 

Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?
 
Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya.  

Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?
 
barisan kepimpinan.

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.
 
Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.
 
DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.
 
Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.
 
Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.
 
Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.
 
Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada parti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.
 
Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran

Laporan Bank Dunia: "Brain Drain" Dan DEB, Kenapa Negatif?

Fakta Laporan Bank Dunia:

* Lebih sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara
* Polisi DEB dan pasca DEB punca "Brain Drain" dan kurang pelaburan FDI
* Majoriti "Brain Drain" adalah kaum Cina
* 385,979 rakyat Malaysia migrate ke Singapura

Ini hasil dari survey online Bank Dunia bersama Universiti Harvard dengan menanya pendapat 200 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Bank Dunia menyalahkan dasar DEB dan pasca DEB yang tidak meritokrasi , rasis dan tidak berdasarkan polisi keperluan affirmatif. Bukan Melayu tidak dapat akses biasiswa kerajaan.

Bank dunia mengatakan ini punca "brain drain" dan pertumbuhan ekonomi jatuh kepada 4.6% dari pertumbuhan 7% hingga 8%. Bank Dunia membandingkan Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965 sekarang ini mengalami pertumbuhan ekonomi 5.7% dan menarik minat rakyat Malaysia migrate ke Singapura.

Bank Dunia seterusnya mengatakan jika Malaysia tiru Singapura dengan polisi persaingan memandu inovasi, produktiviti dan inklusif maka Malaysia boleh menarik 5 kali ganda FDI.

GAMBAR SUMPAH LAKNAT 29/04/11













Sumpah laknat: Masjid Amru Al-As kecoh


Keadaan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menjadi kecoh apabila penyokong Pemuda PKR (AMK) pimpinan ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin mula melaungkan takbir serta ungkapan "kami mahu qazaf, bukan sumpah" selepas solat Jumaat hari ini.

NONEMereka berkumpul salah seorang anggota 'Datuk T" - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - memberitahu semalam yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Semalam, Eskay mengajak Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan sumpah laknat atau bermubahalah bersama beliau di masjid berkenaan itu bagi merungkai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang tersebut.

Kumpulan trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar.

NONEDua lagi anggotanya ialah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Keadaan bertambah panas apabila mereka mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Kejar pengarah JAWI
Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar tetapi terdapat seorang penyokong PKR yang cuba mengejarnya untuk menyerah buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Selepas itu, kedengaran penyokong PKR bertakbir, dan keadaan menjadi bertambah panas apabila perkataan kasar, seperti 'bodoh' kedengaran di kalangan mereka yang berada dalam masjid.

NONEBerikutan itu berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan itu.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid yang bergerak keluar ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan.

Beliau meminta semua orang keluar dari masjid bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini.

Penuh drama

Difahamkan terdapat wartawan yang mendapat kiriman SMS dari Eskay pada jam 2 petang tadi, memberitahu yang beliau bersolat Jumaat di masjid lain dan dalam perjalanan ke masjid di Sentul baru itu.


Sementara itu, Shamsul dan penyokong PKR telah keluar dari kawasan masjid sebelum mengadakan sidang akhbar.

NONESelamat kecoh selama 30 minit, masjid agak tenang apabila Datuk T yang dinanti-nanti belum sampai. Ramai sudah mulai keluar daripada masjid dan perkarangannya. Pintu ke ruang solat utama dan semua pintu masuk ke masjid ditutup oleh kira-kira 30 pihak polis.

Sebelum itu, keadaan penuh drama apabila penyokong PKR mengedarkan pelbagai risalah menentang upacara sumpah itu diadakan bermula jam 1 petang.

Kelihatan juga kehadiran Ramlan Abu Bakar yang lebih dikenali dengan panggilan "reformis bogel" sebelum ini. Beliau sempat mengadakan sidang media untuk menghentam ketua Umum PKR itu.

Eskay bagaimanapun hadir bersumpah bersama Rahim dan Shuib kira-kira jam 4.15 petang ketika ketegangan agak reda dengan kawalan ketat pihak polis.

Khamis, 28 April 2011

Lesen judi dilulus oleh kerajaan persekutuan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk 'Pulau Pinang lubuk judi?' hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak nampak isu tersebut memberi imej buruk kepada kerajaan negeri itu yang diterajui DAP, memandangkan umum mengetahui bahawa kuasa meluluskan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno BN.

Begitu juga penguatkuasaan terhadap sebarang judi haram. Ia adalah bidang kuasa polis bukannya kuasa kerajaan negeri.

"Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan
dilulus oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan.

"Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di ibu negara hari ini.

Tambahnya, pihak kerajaan negeri juga tidak berkuasa mengambil tindakan undang-undang kerana bidang kuasa tersebut hanya ada pada pihak polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar pro-Umno itu semalam berhubung peningkatan kadar tangkapan sindiket judi di pulau pinang.

Guan Eng bagaimanapun menegaskan, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak pernah meluluskan sebarang lesen untuk tujuan itu.

"Jadi saya tidak tahu, dia (Utusan) serang kerajaan DAP Pualu Pinang ke, atau kerajaan Persekutuan dan pihak polis," katanya.

UMNO pengkhianat Melayu Pulau Pinang! bukan DAP

Menurut fakta terbaru tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.

Kajian mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini dibina di atas tanah milik bukan Melayu seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.

Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi? Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu.

Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

PAS sebagai pembangkang di Pulau Pinang adalah pihak yang lantang memperjuangkan hak Melayu Pulau Pinang yang terlepas satu persatu. Sewaktu tahun 70an PAS telah mempersoalkan perkampungan Melayu di Tanjung yang terhapus satu persatu, bertukar milik kepada pihak lain.

Sewaktu Lim Chong Eu menjadi Ketua Menteri, terdapat cadangan supaya Masjid Negeri dibina di Padang Kota sebagai mercu tanda Islam di Pulau Pinang. Cadangan dibantah keras oleh Gerakan dan MCA kerana tidak mahu simbol Islam kelihatan di pintu masuk Pulau Pinang. Umno hanya menurut macam orang bodoh. Masa itu tindakan Gerakan dan MCA bukan rasis. Jika isu masjid pun Umno tidak mampu hadapi, macam mana nak perjuangkan isu hak Melayu Pulau Pinang.

Isu orang Melayu tinggal di atas tanah yang bukan milik mereka, bukan perkara baru. Juga disentuh oleh penceramah PAS lebih 30 tahun lalu. Lebih dari 7,000 orang Melayu yang sudah terusir. Bekas tapak rumah mereka kini menjadi kompleks perniagaan dan hotel yang berderetan dari Padang Kota Lama hingga ke Tanjung Tokong, dah jadi milik orang lain. Umno hanya melihat dengan mata putih, apa mereka buat atau apa mereka boleh buat?

Jika sekarang baru Umno membawa isu 7,000 orang Melayu bakal terusir dari rumah yang mereka duduki kerana berada di atas tanah milik orang lain, maka ia tidak lebih dari cerita zaman P. Ramlee yang diputar semula. Ia sama sekali bukan angkara DAP kerana tanah orang lain yang mereka duduki itu bermula dari zaman BN dahulu. Ia berlaku kerana kemiskinan orang Melayu, tidak bertanah dan menumpang di atas tanah orang.
Kemunduran Melayu Pulau Pinang adalah kerana kegagalan Umno sebagai penguasa (dalam tempoh yang panjang) memperjuangkan nasib mereka. Umno lebih selesa ajar Melayu Pulau Pinang main boria dari meneroka peluang-peluang ekonomi.

Rasuah Negara Membimbangkan

Budaya rasuah yang semakin berleluasa di Malaysia kini berada dalam keadaan yang membimbangkan seolah-olah ia tidak dapat dibendung lagi, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malah katanya, budaya ini juga mula menular sejak 24 tahun lalu terutamanya ketika berada dibawah pemerintahan Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nizar berkata, gejala rasuah ini bukan sahaja akan menyebabkan keruntuhan sistem pentadbiran negara malah ia turut disifatkan seperti najis.

“Budaya rasuah telah wujud dalam Negara kita sejak 20 hingga 23 tahun yang lepas. Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhithaudden sendiri mengakuinya bahawa rasuah telah lama berleluasa di negara ini. Ini bermakna ia bermula sejak bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad memimpin negara pada ketika itu, sekali gus berkembang dan terus membiak,” katanya.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri turut tumbang berikutan desakkan rakyatnya sendiri yang menolak rasuah.

“Ya, memang benar rasuah boleh menjatuhkan tamadun. Sekiranya rasuah ini tidak dibendung dan dibasmikan di Malaysia, maka kita juga mungkin akan turut sama jatuh,” katanya.

Nizar berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Shah Alam, semalam.

Turut serta dalam wacana tersebut adalah adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginajar dan Zulkifli Bujang sebagai moderator dari Bernama TV.

Jelas Nizar, perubahan yang dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menukar Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Nizar berkata, tindakan tersebut sedikitpun tidak memberi apa-apa kesan yang baik seperti mana yang dijanjikan kepada rakyat.

“Apabila penerajuan SPRM diambil, rakyat Malaysia dijanjikan dengan satu paradikma baru dimana amalan bukan sahaja akan dikurangkan malah ia akan terus dibasmi," katanya.

"Malangnya, apa yang kita lihat sekarang indeks rasuah semakin hari semakin menurun dan terus menurun," ujarnya.

“Janji yang ditaburkan kepada rakyat selepas Parlimen meluluskan Akta SPRM dan jawatankuasa ditubuhkan ia bukan sahaj gagal malah rasuah terus berleluasa,” tegasnya.

Mengulas lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Soalnya, bagaimana mungkin kedua-dua badan itu boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan politik pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Tegasnya, oleh yang demikian, Pakatan Rakyat meminta semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya haruslah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.

Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar untuk melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar dengan tenang menidakkannya.

"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.

"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.

Lebih 200 orang hadir bagi menyaksikan wacana rasuah ini sehingga menyebabkan kelancaran majlis ini beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu untuk membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.

Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras.

Peguam Negara lebih berkuasa

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan satu realiti – orang yang paling berkuasa di negara ini mungkin bukan Perdana Menteri.
NONE 
Ini kerana Datuk Seri Najib Razak terpaksa meraih mandat daripada rakyat setiap lima tahun dan menjawab kepada Parlimen apabila perlu.

Orang yang tidak perlu berbuat demikian adalah Peguam Negara.

Jawatan itu kini disandang oleh Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau tidak perlu ke Parlimen, tetapi hanya ke pejabat Perdana Menteri dan hadir pada mesyuarat Kabinet untuk memberi nasihat dan penjelasan dari masa ke semasa.

Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan.

Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang, tidak kira jika pertuduhan itu menyimpang daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu.

Semalam, Ketua Pendakwaraya Yusuf Zainal Abideen mengesahkan kuasa mutlak pendakwaan di tangan Gani apabila beliau berhujah pada perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
azlanYusuf Zainal mengaku dalam laporan polisnya, pengadu Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau dipaksa melakukan hubungan seks itu.

Namun, Peguam Negara menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mendakwa Anwar atas tuduhan kononnya beliau dan Saiful melakukan seks luar tabii secara sukarela.

Kuasa mutlak

Yusuf memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa mutlak untuk mendakwa Anwar di bawah apa juga undang-undang.
NONE 
Malah, mengikut Yusuf, sekali pun Saiful “menukar” ceritanya, ia tidak menjejaskan pendakwaan selagi ada “bukti” untuk menyokong tuduhan itu.

Begitu besar kuasa yang ada pada Peguam Negara. Persoalan yang lojik yang akan ditanya oleh rakyat adalah apa jadi dengan laporan polis Saiful bahawa beliau dipaksa melakukan perbuatan itu?

Bagaimana fakta penting ini boleh diketepikan begitu sahaja oleh Peguam Negara… jika benar motif utama beliau adalah menegakkan kebenaran semata-mata, demi memberi keadilan kepada pengadu dan tertuduh.

Namun persoalan ini tidak akan dijawab, kerana Peguam Negara tidak bertanggung jawab kepada Parlimen.
umno general assembly rahim thamby chik 
Tidak ada ruang untuk rakyat atau wakil rakyat memperinci hubungan Peguam Negara dengan Pejabat Perdana Menteri dan kaitannya dengan keputusan-keputusan pendakwaan yang dibuat.

Pada tahun 1994, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Mohtar Abdullah mengambil keputusan untuk menggugurkan tuduhan rogol terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik atas alasan “kurang bukti” beliau melakukan jenayah itu terhadap gadis berusia 15 tahun.

Dipenjarakan

Sebaliknya yang didakwa adalah Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dipenjarakan 18 bulan kerana mendedahkan perlakuan Rahim.
NONE 
Tan Sri Mohtar adalah juga Peguam Negara yang bertanggungjawab untuk tidak mendakwa Rahim atas tuduhan rasuah RM40 juta, sekaligus menolak segala bukti-bukti yang telah dikumpulkan oleh Badan Pencegah Rasuah.

Jelas kuasa Peguam Negara adalah mutlak. Pejabat Peguam Negara menggunakan pertimbangan sendiri yang “rahsia dan agak istimewa” tetapi tidak menjanjikan ketelusan dan keadilan serta kesamarataan yang menjadi tonggak prinsip keadilan.

Rekod tiga Peguam Negara terakhir, Tan Sri Abu Talib Othman, Mohtar (kanan) dan Gani tercemar kerana cara mereka menggunakan kuasa-kuasa mutlak yang diberikan kepada mereka.

Mereka dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang mahu menjayakan agenda sempit politiknya.
abu talib othman interview 210807 full width 
Contohnya peranan Abdul Talib (kiri) dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984.

Dalam kes Anwar, Gani menjadi sasaran utama kerana dituduh membawa pendakwaan yang rapuh dalam fitnah liwat pertama pada tahun 1998 dan ulangannya pada masa sekarang.

Rasanya tidak perlu menoleh terlalu jauh kebelakang untuk memperinchi rekod Gani. Dakwaan yang dibuat oleh Datuk Mat Zain Ibrahim, pengawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Anwar bahawa Gani mereka-cipta bukti dalam kes Ketua Pembangkang adalah dalam pengetahuan umum.

Membekalkan pelacur

Anehnya, dakwaan-dakwaan itu tidak pula mengundang sebarang pendakwaan daripada Gani, walaupun ia memberi tamparan hebat kepada kewibawaan pejabat Peguam Negara,
raja petra demafation case 200109 manjeet singh dhillon 
Pada tahun 1998, peguam kepada Datuk S Nallakarupan, Manjeet Singh Dhillion mendedahkan Gani menuntut supaya Nalla merekacipta bukti terhadap Anwar kononnya Nalla membekalkan pelacur kepada Anwar.

Berikut petikan surat rasmi yang dihantar oleh Manjeet kepada Peguam Negara ketika itu Datuk Mohtar:

“That in exchange for a reduction of the present charge to one under the Arms Act he wanted Nallakaruppan to co-operate with them and to give information against Anwar Ibrahim, specifically on matters concerning several married women. Dato Gani kept changing the number of women and finally settled on five, three married and two unmarried.

That he would expect Nallakaruppan to testify against Anwar in respect of these women.”

Terjemahan: Bahawa sebagai syarat untuk mengurangkan tuduhan (daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri) kepada Akta Senjata Api beliau mahu Nalla memberi keterangan terhadap Anwar, khususnya membabitkan beberapa wanita yang bersuami. Datuk Gani mengubah-ubah jumlah wanita yang harus dinyatakan oleh Nalla dan akhirnya mahukan Nalla memberi keterangan supaya Anwar mengadakan hubungan dengan lima wanita, tiga yang bersuami dan dua lagi belum kahwin.

Meninggal dunia

Hanya Datuk Mohtar tahu kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Manjeet kerana membuat tuduhan begitu serius terhadap Gani.
NONEHanya Gani tahu kenapa beliau sendiri tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Manjeet ketika itu, mahupun sekarang.

Mohtar sudah pun meninggal dunia namun Gani masih hidup dan malah mempunyai lebih kuasa sekarang untuk mempertahankan kewibawaan dan keluhuran kerusi Peguam Negara yang diisandangnya.

Seseorang pengamal undang-undang, tidak kira sama ada pendakwaraya, peguambela atau hakim tidak boleh menghalalkan matlamat dengan apa cara pun.

Keadilan hanya boleh ditegakkan apabila pengamal undang-undang tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak menjadi sebahagian daripada agenda politik mana-mana pihak.

Setiap tindakan yang diambil haruslah konsisten dan bebas daripada sebarang telunjuk pemerintah, jika tidak keluhuruan sistem undang-undang itu pasti tercalar dan ternoda sehingga sukar disucikan semula.

Apa yang jelas ialah pejabat Peguam Negara kini disifatkan sebagai cabang pemerintah yang begitu berkuasa dan kebal daripada perincian rakyat.
azlan 
Tindak-tanduk Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat mahupun Parlimen.

Keruntuhan badan kehakiman mana-mana negara berakar umbi daripada keputusan-keputusan pendakwaan oleh Peguam Negara yang dicemari dengan pertimbangan politik kerajaan memerintah.

Malaysia tidak terkecuali daripada hakikat ini.

Begitu juga keluhuran sistem keadilan akan sentiasa terpelihara jika Peguam Negara melihat diri beliau sebagai penjawat awam (public servant) dan bukannya kakitangan kerajaan dengan maksud yang sempit.

RM2.05 Bilion telah dibayar kepada 27 Syarikat Kroni umNO

UMNO/BN menggunakan duit rakyat yang membayar cukai untuk memberikan pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang boleh dikatakan semuanya milik kroni mereka..

RM2.05 bilion pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Betapa beruntungnya 27 Syarikat tersebut.. berniaga tapi tidak mungkin akan rugi kerana segala kerugian ditanggung oleh kerajaan UMNO/BN menggunakan wang rakyat yang membayar cukai…

Berikut adalah jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng ini mendedahkan jumlah pampasan Pampasan kepada 27 Syarikat Konsesi Lebuhraya yang jumlahnya kini mencecah RM2.05 bilion tidak termasuk jaminan Bank, Subsidi dan juga Insentif cukai..

Itulah sebabnya BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam.

Soalan dan jawapan adalah seperti berikut:-

“Soalan:

YB Tuan Lim Guan Eng (Bagan) minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampas an yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada tahun 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi.

Jawapan:

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2010, jumlah pampasan dalam bentuk tunai yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikt konsesi lebuh raya ialah sebanyak RM2.05bilion.

Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi.

Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampas an disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 50% kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru.

Maklumat mengenai jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya ialah seperti berikut:

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, maklumat mengenai jumlah jaminan bank, subsidi dan insentif cukai kepada syarikat-syarikat konsesi yang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pusat, iaitu Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.”

Projek Email 1 Malaysia Yang Tahap Celaka

Najib benar-benar memperbodohkan rakyat Malaysia apabila menyatakan projek 'Email 1 Malaysia' yang dicetuskan oleh beliau kononnya tidak menggunakan dana kerajaan. Projek yang di kendalikan oleh syarikat Tricubes Berhad yang mana pemiliknya adalah ahli keluarga beliau dengan kos sebanyak RM 50 juta.
 
Beliau boleh menipu para pencacai celaka beliau, kononnya ia untuk kebaikan rakyat Malaysia dan bla bla bla. Maka bersoraklah para pencacai celaka tahap sial beliau di blog-blog masing dengan menunjukkan kebaikan yang rakyat Malaysia dapat daripada projek tersebut.
 
Jika pencacai celaka tahap sial masih ada akal, syarikat mana yang sanggup melabur sebanyak RM 50 juta tanpa mendapat keuntungan. Jika ada pun, mungkin syarikat itu memang nak mampus dan para pengarah-pengarah syarikat tersebut dah hilang akal pasal bodoh nak mampus macam para blogger-blogger pencacai celaka tahap sial.
 
Seperti diumumkan oleh CEO Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar bahawa projek tersebut tetap akan dilancarkan pada julai ini walaupun ia menjadi isu kontroversi. Beliau berkata Tricubes Berhad menyasarkan 5.4 juta pengguna akan menggunakan pengkhidmatannya dengan percuma tetapi akan mengenakan cas sebanyak RM 0.50 sen setiap email kepada agensi kerajaan yang menghantarkannya kepada pengguna.
 
Inikah yang dikatakan oleh Najib bahawa projek tersebut tidak menggunakan dana kerajaan, memang Najib dan Umno nak mampus. Lu Najib, jika lu nak jadi sial ke, celaka ke, banggang ke atau nak mampus ke, lantak lu dengan lu punya family ler, jangan nak bawa rakyat Malaysia sama. Memang Umno nih betoi-betoi celaka tahap nak mampus pasal bermacam-macam cara digunakan untuk merompak harta negara. Kerana itulah para pemimpin Umno/BN yang celaka lagi sial ni siang dan malam dok fikir bagaimana cara nak memperkayakan diri mereka dan kroni-kroni mereka.
 
Bayangkan jika setiap satu email dicas sebanyak 50 sen kali dengan 5.4 juta, bermakna syarikat celaka itu memperolehi RM 2.7 juta sehari jika satu email dihantar kepada rakyat Malaysia. Itu jika satu email, kalau dua atau tiga email sehari, berapa banyak syarikat milik saudara Najib dapat dalam satu tahun. Kerana itulah saham syarikat tersebut melonjak hampir 200 peratus apabila projek tersebut diumumkan oleh Najib.
 
Bukan itu sahaja, alamat email yang kononnya diberi percuma kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sebenarnya akan menjadi senjata kepada rejim Najib dengan menghantar cerita-cerita bohong dan fitnah. Ianya akan memudahkan kerja Umno/BN celaka dan gua gerenti ianya menjadi senjata kepada Najib dalam menghadapi PRU 13 nanti.
 
Mungkin ini nasihat daripada APCO kepada Najib setelah pilihan raya Sarawak benar-benar mengejutkan Najib walaupun rejim Taib memperolehi majoriti dua pertiga. Kerana itu juga PRU 13 tidak akan diadakan pada tahun ini dan berkemungkinan ianya akan diadakan pada akhir tahun hadapan. Jika mengikut apa yang ada dalam kepala hotak Najib, beliau ingin mengadakan pada akhir tahun ini tetapi melihat undi popular BN hanya 54 peratus maka beliau terpaksa memanggil kembali APCO sebagai penasihat sulit.
 
Kerana itu juga projek "Email 1 Malaysia' dirangka agar dilakukan secepat mungkin yang mana seperti diumumkan oleh CEO Tricubes Berhad projek tersebut bermula Julai ini. Bagi pendapat gua, jika projek sebesar ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun.
 
Kemerosotan undi pada pilihan raya Sarawaklah yang membuatkan projek 'Email 1 Malaysia' perlu disegerakan oleh Najib. Gua tak tahu macam mana pemikiran para pencacai-pencacai tegar celaka tahap sial dalam mempertahankan projek ini. Oleh itu Najib patut dinyahkan dan dipertanggung jawab ke atas pembayaran beratus-ratus juta setahun kepada Tricubes Berhad yang dimiliki oleh keluarganya.

Kroni Rothschild Hadiah Radioaktif Untuk Rakyat Malaysia

Dengan terbinanya satu kilang memproses ‘rare earth’ di Kuantan, Pahang hujung tahun ini, maka rakyat Malaysia akan terdedah sepenuhnya dengan 20,000 tan metrik radioaktif setahun.
Syarikat proksi Rothschild iaitu Lynas Corporation dari Australia telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk membina kilang memproses ‘rare earth’ di kawasan Gebeng, Kuantan sejak lebih setahun lalu.
Pembinaan kilang perlombongan oleh proksi Yahudi elit itu menerima tentangan hebat dari parti pembangkan g dan juga NGO-NGO kerana operasinya akan menyebabkan rakyat Malaysia terdedah dengan radio aktif berkapasiti 20,000 tan metrik.
Menurut laporan media Bernama, Malaysia merupakan kawasan yang selamat daripada kilang-kilang penghasil radio aktif sejak sebuah kilang radio aktif di Bukit Merah, Perak diarahkan tutup 20 tahun dahulu.
(Bagaimana Lynas Corporation dikatakan proksi Rothschild? Pelabur terbesar di dalam Lynas ialah JP Morgan dan JP Morgan sendiri adalah bank pelaburan terbesar milik Rothschild. Perlu diingat Rothschild dan JP Morgan telah pun bertapak di Malaysia sejak 2009 dahulu dalam kategori ‘Investment Bank’)
Menteri Besar Pahang Pertahan Proksi Yahudi
Menurut Syed Ali Badaruddin dari Majlis Badan Bertindak Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang telah mengeluarkan kenyataan yang sangat mendukacitakan. Datuk Seri Adnan Yaakob mengatakan beliau akan menutup semua kilang di kawasan Gebeng jika syarikat Lynas tidak dibenarkan beroperasi.
Menurut Syed Ali lagi, kenyataan ini berunsur ugutan dan walaupun kilang Lynas merupakan pelaburan kepada negeri ini tetapi sangat berisiko yang akan ditanggung rakyat dan mempunyai kesan dalam jangka panjang yang tidak terfikir pada masa akan datang.
Pencemaran teruk radio aktif boleh berlaku sekiranya kawasan tersebut (Gebeng, Kuantan) dilanda bencana alam yang tidak diduga. Sekiranya tercemar, bukan sahaja rakyat Pahang yang menerima padah tetapi One Malaysia juga akan kritikal.
(Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob)
Apakah Adnan tidak melihat berita bagaimana stesen Nuklear di Jepun yang begitu canggih boleh musnah disebabkan bencana alam. Ya, mungkin tsunami seperti di Jepun tidak akan berlaku di Malaysia, tetapi harus kita ingat ia Tsunami palsu janaan dari projek HAARP di Alaska.
Mampukah Perdana Menteri Menghalang Rothshcild?
Hari ini melalui siaran berita televisyen PM memberi jaminan bahawa pasukan siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat perkembangan pembinaan kilang tersebut.

Peneroka berhutang tanpa penyata yang telus

Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Zabidie Abas menyatakan peneroka Felda kini dibebani dengan pelbagai jenis hutang, termasuk hutang sara hidup tanpa diberi penyata kewangan yang telus.

Menurut Zabidie, selepas proses tanam semula hampir keseluruhan kawasan Tanah rancangan Felda berhadapan masalah tersebut dan menyebabkan peneroka menanggung beban hutang sehingga menjangkau RM70,000 hingga RM80,000 ribu.

“Dalam tempoh tiga tahun setiap peneroka diberi hutang pinjaman sara hidup RM1,500 setiap bulan. Apabila masuk tahun ke empat, peneroka sepatutnya tidak ambil bantuan sara hidup sebagai hutang.

“Bagaimanapun masuk tahun ke enam peneroka masih diberi bantuan sara hidup, walhal tanaman mereka telah mengeluarkan hasil.

"Manakala penyata tahunan hutang peneroka tidak diumumkan Felda. Kemana perginya hasil pendapatan mereka? soalnya.

Kata Zabidie, keadaan itu menyebabkan peneroka yang majoritinya warga emas, terpaksa menanggung beban hutang berpuluh ribu ringgit yang disifatkan tidak mungkin dapat diselesaikan sehingga ke generasi ketiga.

“Felda diibaratkan sebagai lintah darat yang mencengkam dan menindas peneroka, pada masa yang sama merompak hak peneroka,” tambahnya.

Zabidie yang juga Pengerusi Biro Felda PKR Johor mengulas kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disiar akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional(BN), Utusan Malaysia, bahawa gesaan Anak untuk melupuskan hutang pinjaman sara diri berjumlah RM500 juta, bermotifkan politik.

Menurut Zabidie, Isa yang baru sahaja memegang jawatan berkenaan tidak mengetahui tentang masalah sebenar yang dialami masyarakat Felda sebelum ini.

“Isa tidak tahu beban hutang yang ditanggung peneroka. Kalau Felda boleh bagi penyata dengan telus, kita boleh terima,"katanya.

“Hutang sara hidup ini tidak termasuk caruman pengurusan ladang sekitar RM17,000 selepas tanaman semula seperti kos tebang, menanam benih dan sebagainya dalam tempoh tiga tahun yang tidak dikembalikan kepada peneroka.

“Sepatutnya kerajaan membela dan berpihak kepada rakyat, tetapi sebaliknya kerajaan berpihak kepada Felda,” tegasnya lagi.

Mengulas lanjut berhubung hasrat untuk menghapuskan Felda Plantations, Zabidie berkata Pakatan Rakyat serius untuk menghapuskan Felda Plantations, bagi menyerahkan semula tanah kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Katanya lagi, pada awalnya Felda Plantations yang membuka ladang-ladang baru di kawasan Felda menggunakan khidmat peneroka tempatan untuk menjalankan kerja-kerja ladang.

Namun lama kelamaan,Felda Plantations didakwa menggunakan khidmat pekerja warga asing sehingga menyebabkan hak generasi Felda terus dipinggirkan.

Ujarnya lagi, terdapat di kalangan peneroka yang tidak tahu bahawa mereka turut menangung kos pengurusan ladang oleh Felda Plantions, selepas pembukaan ladang-ladang baru itu.

Video Lucah : Anwar tak perlu sumpah mubahalah - Harussani

Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga “Datuk T”, yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani, sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan “Datuk T” terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

“Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

“Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?” soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

“Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

“Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu,” kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

“Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan,” kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

“Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat,” tambah beliau.

ini ANUAR... bukan ANWAR!

Warghkahkahkah..!

Rabu, 27 April 2011

'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat'

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.


"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.
"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.
NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.
Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.
Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful

boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.
Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.
Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.
"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.
Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Buah Kote Mamak (Mamak's Dick)

Mamak umNO dan KIMMA juga yang dapat nama..
 
 

HARAM! Baca Utusan Malaysia

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Siapa yang rasis?

Utusan Malaysia sedang bermain dengan api. Akhbar ini melalui pandangan Awang Selamat telah menunjukan permusuhan semata-mata kerana kekalahan BN dan kemenangan DAP di dalam hampir kesemua kerusi di dalam kawasan Cina dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Bukankah memang parti-parti yang wujud sejak negara mencapai kemerdekaan adalah berdasarkan kepada bangsa-bangsa yang ada di dalam negara ini.

Semasa mencapai kemerdekaan Perikatan telah memenangi hampir kesemua kerusi kerana sokongan mengikut selera bangsa-bangsa yang ada di Semenanjung Tanah Melayu? UMNO diwujudkan untuk mengambil hati dan membawa orang-orang Melayu menyokong gagasan Perikatan. MCA pula wujud untuk tujuan membawa orang-orang Cina kepada Perikatan dengan sokongan melalui parti khas untuk bangsa Cina itu dan MIC pula untuk meraih sokongan dari bangsa India.

Parti Melayu UMNO bersama dengan parti orang Cina, MCA dan MIC yang membawa sokongan kaum India bersekutu dalam Perikatan dan membentuk kerajaan Merdeka Tanah Melayu pada 31hb Ogos 1957. Selama itu parti-parti pembangkang juga adalah berdasarkan kepada lunas-lunas bangsa-bangsa juga. DAP didominasi oleh bangsa Cina tetapi orang Melayu juga boleh menyertai parti itu dan tidak pernah ditahan dan dicegah untuk menjadi ahlinya.

Iban serbu pejabat SUPP



Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 02Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.

Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.

Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.

supp alleged money politic 250411 01SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.

Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.

BERBILION DUIT RAKYAT HANGUS, BARU NAJIB SEDAR

Parti Islam Se-Malaysia PAS terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sedar tentang bahaya rasuah boleh menjejaskan pendapatan negara. Mungkin beliau baru sedar rasuah merupakan barah yang boleh membawa kehancuran negara apabila wang negara semakin mengucup, sehingga projek untuk kroni tidak boleh diberikan lagi. Kerisauan beliau mengenai perkara ini dinyatakan ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) cawangan Pahang di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pekan.

Ucapan Datuk Najib hendak memerangi rasuah dan ketirisan, sama seperti kita menasihat orang miskin untuk berjimat cermat. Sepatutnya nasihat berjimat ketika kaya bukan waktu miskin. Sama juga dengan nasihat Datuk Seri Najib. Jangan bercakap tentang bahaya rasuah ketika kantung negara makin kosong dan projek pun semakin kontang.

Kesan rasuah boleh merbahaya keselamatan negara kerana sempadan akan terbolos, dadah terlepas masuk, maklumat negara tergadai, projek terbengkalai kerana beri pada mereka yang tidak wibawa, kos meningkat, pendapatan negara berkurangan dan banyak lagi bahayanya.

Kerajaan Barisan Nasional gagal untuk membasmi rasuah kerana ia parti yang hidup dengan rasuah samaada pemilihan parti atau pilihanraya umum.

PAS merasa pelik, apabila kerajaan hendak memerangi rasuah, yang diburu ialah pegawai-pegawai kerajaan. Baru-baru ini 60 orang pegawai kastam Diraja Malaysia yang diburu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin politik yang berskala jerung tidak diburu. Selalunya yang menjadi mangsa ialah ikan bilis dari kalangan pegawai kerajaan sahaja. Isu wang PPRT RM32 juta, yang ditangkap ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sedangkan Menterinya Datuk Anuar Musa entah ke mana. Begitu juga yang ditangkap ialah Setiausaha Politik Datuk Mohd Nor Yaakob yang memiliki wang tunai RM2 juta.

Fakta UMNO Khianat Pada Orang Melayu

1) Tanah Rezab Melayu berkurang dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995. Bermakna 44% tanah Rezab Melayu di tinggalkan. Susut sebanyak 1.2% setahun. Itu sehingga 1995, kalau sampai 2011??

2) UMNO tidak meluluskan tanah yang di minta oleh TB Haji Abd Latif (Pondok Teh Kroh Grik, Perak) untuk pondoknya sejak 1996 sebanyak 45 ekar, tetapi hanya di luluskan semasa PR perintah pada 2008.

3) UMNO telah mengadai 22,000 ekar tanah kerajaan kepada syarikat gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

4) 5000 ekar tanah rezab Melayu di tapak kilang simen Perak Hanjoong di jual kepada YTL.

5) 9 ribu hektar tanah rezab Melayu di Selangor telah di tukar status kepada bukan rezab Melayu oleh UMNO.

6) Pada tahun1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas tanah rezab Melayu di halau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebnyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau N.9 telah di ambil untuk projek Seremban 2.

8) Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah di jual kepada China Singapura.

9) Sebanyak 94 ekar tanah rezab Melayu yang telah di teroka sejak 72 tahun di Damansara tergadai untuk projek Penchala Link.

10) Pulau Batu putih tergadai kepada Singapura

11) UMNO menafikan royalti minyak Kelantan yang majoriti orang Melayu

12) RM52 bilion saham Bumiputera lesap

13) 118 projek di sekat di Kelantan sejak RMK-6 lagi

14) BN-UMNO menyerahkan kerusi majoriti orang Islam kepada pemimpin bukan Islam seperti di Gerik.

15) Dasar DEB yang gagal, pada tahun 1990 ekuiti Bumiputera hanya 18% dan menurun 15% pada tahun 2000.

16) RM32 juta wang PPRT lesap di curi BN-UMNO.

17) Pengkhianatan UMNO kepada raja Melayu dengan mengatakan Sultan 'Binatang' di Terengganu.

18) Siapa yang 'menculik' Ku Yah (Puteri Sultan Selangor) untuk kahwin lari sehingga Sultan murka kalau bukan Dato' Mohd Taib, pemimpin UMNO.

19) Siapakah yang memboikot untuk tidak mengangkat sumpah di depan Sultan sebagai ADUN Terengganu selepas pilihanraya 2008, kalau bukan Ahmad Said, pemimpin UMNO.

20) Dan siapa yang telah mencabar Sultan Kelantan untuk turun takhta kalau bukan Zaid Hamidi, yang ketika itu ketua pemuda UMNO.

Sampai mati UMNO memang pengkhianat pada orang Melayu dan raja Melayu. Perkasa tak usah nak menjerit melalak tunjuk hebat, kononnya memperjuangkan Melayu sedangkan ahli dan pemimpin mereka yang UMNO pun menjadi pengkhianat kepada Melayu.

Hari ini Perkasa sibuk berdemo memperjuangkan akhbar 'lucah' Utusan, kononnya sebuah akhbar yang memperjuangkan orang Melayu. Padahal akhbar Utusan yang terkenal dengan akhbar UMNO itu pun tiada orang UMNO berdemo membela. Hanya Perkasa sahaja.

Di saat mood rakyat yang sedang menolak akhbar Utusan ini, masih ada juga puak yang mempertahankannya..kesian. Akbar 'lucah' ini sedang beroperasi penjualannya walaupun di jual percuma di beberapa tempat. Yakinlah, akbar ini akan cepat mati bila semakin galak Perkasa berdemo mempertahankannya..berdemo lah lagi...

Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong

Tuesday, April 26, 2011

Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya.

Antara pembohongan Saiful adalah:

1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. Padahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa.

2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong.

3.0 Saiful mengaku beliau merapati “Anwar” apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong.

Pendakwaraya pula tidak menjawab hujjah2 Karpal ini. Pendakwaraya tidak berjaya membuktikan bahwa Saiful tidak makan karipap dan minum kopi selepas diliwat.

Pendakwaraya tidak pula menjelaskan mengapa Saiful tidak lari dan menjerit apabila beliau dipanggil masuk ke dalam bilik.

Pendakwaraya semata-mata bergantung kepada tuduhan kononnya wujud air mani Anwar dalam jubur Saiful. Pada waktu yang sama, Pendakwaraya tidak dapat beritahu bagaimana air mani Anwar boleh masuk jubur Saiful sedangkan pakar-pakar membuktikan tiada "tembusan" berlaku ke atas lubang jubur Saiful Bukhari.

Namun, kita semua tahu air mani lelaki Y itu adalah sebenarnya air mani Saiful Bukhari sendiri.

Dengan kata lain, Pendakwaraya tidak mampu menafikan Saiful Bukhari seorang pembohong.
Dan Pendakwaraya sendiri pembohong sebab kata air mani lelaki Y adalah air mani Anwar Ibrahim.

Akhir sekali, Allah SWT menunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit bahawa seluruh kes ini adalah satu fitnah yang maha besar ke atas Anwar tajaan Najib dan UMNO.