Sabtu, 6 Ogos 2011

ISLAM itu didada dan diminda..

Pengalaman Yob dinegara Gajah Putih..


Masjid Mirassudeen terletak disebuah lorong Silom Soi 20.
.Bertugas sebagai pengarah pemasaran (dah pencen) membawa Yob kepelbagai negara. Ingin Yob coretkan serba sedikit pengalaman umat islam di negara Thai ini. Bagaimana umat islam Thai menerima nasib mereka seadanya, dan meneruskan kehidupan dan pegangan ugama yang dianuti dicelah celah syurga dunia.


Kita sering mengeluh mengenai kemaksiatan yang gagal dikawal oleh kerajaan Malaysia. Kita minta pusat hiburan berhenti beroperasi untok menghormati bulan ramadhan. Di Thailand, pusat hiburan berjalan seperti biasa.. Ramadhan, Aidilfitri, bisnes seperti biasa. 


Godaan yang berterusan...


Masjid Darul Muhajireen
Lelaki mana yang tidak luntur imannya melihat kecantikan kupu kupu malam. Lelaki mana yang mampu menahan gejolak nafsu melihat kegebuan kulit kuning langsat. Godaan bertali arus, 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. 


Benarlah kata seorang budiman... "Berkawan dengan ahli perniagaan, kita akan jadi ahli perniagaan. Berkawan dengan perokok, kita akan jadi perokok, berkawan dengan orang masjid, kita juga akan jadi ahli masjid.."



Moral cerita : Kita sering menyalahkan pemerintah. Kita sering menyalahkan apa yang kita lihat dan dengar. Sekali pun (for once) kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Bina lah pagar sekukuh mana pun, binalah benteng sekuat mana pun, ia akan roboh juga.




Pesan Ustad Mat Janggut dari Gunung Semanggol, Perak.. "Perkukuhkanlah dinding kamu (dada dan minda) dengan Al Quran dan Hadith, insyallah, jika kamu tersesat, kamu pasti akan ketemu jalan pulang.."

Jangan terkejut jika anda melihat jemaah Islam memenuhi ruang masid di negara Thai waktu solat. Walau pun mereka dikelilingi aktiviti syurga dunia. Islam pendinding mereka.




p/s Insyallah... panjang umur, akan Yob nukilkan pengalaman  Yob di negara Indonesia..

Tiada ulasan: