UMNO = RACISM..
Isu rasis yang subur di mainkan pada hari ini akhirnya akan berkesudahan juga. Parti-parti yang memainkan isu rasis ini secara deras akan di tolak rakyat terutamanya di kalangan rakyat yang ramai kerana ianya hanya membebankan kepada siapa yang mahu hidup dalam sebuah negara dengan aman, setidak-tidaknya dengan jiran dan tetangga kita.
Orang Melayu masih di berikan segala-galanya termasuk untuk men...jadi tunjang kepimpinan negara tetapi tidak semestinya melalui UMNO yang kian hari kian merana dalam kebathilannya sendiri. UMNO mungkin wajar bersifat defensive tetapi orang Melayu tidak sekali-kali. Orang Melayu perlu berada dimana-mana. Mereka wajar berada di dalam PAS dan juga DAP atau pun PKR.
Yang tidak bersetuju elok berada di dalam UMNO dan jangan mencerca di antara satu dengan lain. cerca-mencerca yang dilakukan oleh penyokong UMNO telah menjauhkan UMNO dari hati rakyat yang inginkan kesetabilan politik yang meyakinkan.
Orang Melayu tidak mungkin dapat menyertai MCA kerana MCA hanya untuk orang Cina yang kesempitan pemikiran, Begitu juga MIC hanya untuk orang India.
Kita wajar sedar yang parti-parti rasis ini akan tamat riwayatnya kerana rakyat sudah berubah nilai dan budaya politik mereka. Rakyat sudah jemu dengan politiking perkauman yang tidak dapat dikawal oleh parti-parti rasis masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan