Rabu, 6 April 2011

Pengguna Facebook yakin lelaki dalam video bukan Anwar :

Majoriti pengguna laman web sosial, Facebook berpendapat dan yakin bahawa lelaki dalam video yang kini tersebar di internet bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video itu menunjukan bahawa ia sengaja dirakam dan individu yang berada dalam video itu sedar aksi mereka sedang di rakam.
...
“Nampak macam shooting filem. Jelas sangat ini lakonan yang diarahkan orang ketiga yang berpakaian penuh.

“Pengarah itu masih sibuk ke hulu-hilir semasa dua pelakon utama sudah pakai tuala.

“Hanya pelakon-pelakon upahan sahaja yang sanggup membiarkan orang ke tiga berada dalam bilik mereka.

“Kedua-dua pelakun utama itu tahu dan sedar aksi mereka sedang dirakam. Nyata sangat mereka diupah oleh pihak tertentu.

Datuk T kata Anwar tidak tahu aksinya dirakam. Tapi pelakon lelaki ini tahu aksinya sedang di rakam. Ternyata pelakon itu bukan Anwar.

Tiada ulasan: