Selasa, 12 April 2011

Madey, Pak Lah dan Najib

baru balek sembang dikedai kopi... :P


haku sebenornye maleh nak keluor tapi bile kekawan dah nurot keromah, nak tak nak, haku ikot aje lah..

seperti biasa, aku memilih untok mendengor dari menyembang, sesuatu yang aku amalkan sejak kecil. banyak bercakap, banyak buat silap, kate kedua arwah orang tue.

jelas, mereka hanya bercerite dari apa yang mereka dengor, lihat dan baca. mereka tidak dapat melihat dengan mate hati, yakni yang tersirat...

bior haku rengkaskan dengan pandangan haku sendiri, begini..

Madey - seorang politikus genius yang jarang jarang tewas didalam pertempuran dengan rakan dan musoh politiknye. menjadi pendesak didalam era tunku abdul rahman. tiade darah melayu, dan pernah menjadi tuan kepada melayu. apabila ku li menolak jawatan pm yang ditawarkan oleh hussein onn, ianya diserahkan kepada madey. 

disaat madey menjawat tugas sebagai pm, banyak perubahan yang dilakukan kepada rakyat dan malaysia. dasar dalam dan luar negeri yang luar biasa dari pm sebelomnye. namun begitu, madey juga mempunyai keburokkan dan kelemahan. isu memali yang buleh diselesaikan dengan perbincangan berakhir dengan tragedi.

madey hampir tewas ditangan ku li semasa pemilihan presiden umno, tetapi dengan kelicikan dan tipu daya, madey diistiharkan menang dengan beberapa undi sahaja. mulai saat itu, madey memburu mereka yang kononnye musoh beliau. diluaran, madey berpakain putih bersih dari kotoran.

berlaku pula episode umno diharamkan. mereka yang otai tahu sebenarnya angkara siapa. pendek cerita, umno baru ditubohkan.  madey menguasai segala galanye. tiada siapa berani bersuara. nazri aziz bagai seekor anjin yang taat kepada tuan nye. era madey, bermulalah rasuah yang berleluasa.

mahkamah, polis, dan ajensi kerajaan tundok kepada tekanan umno/bn. maleh haku nak ulas. komer pon dah paham.

isa digunakan untok menangkap ahli politik yang mampu mengugat kestabilan madey, bukan negara,

~bersambong~

Tiada ulasan: