Selasa, 19 April 2011

Mengapa Taib Tergesa-gesa Angkat Sumpah KM Sarawak?

Banyak pihak yang mempersoalkan tindakan Taib Mahmud yang kelihatan amat tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah BN Sarawak masih berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dengan populariti yang menurun dari 62 peratus kepada 55 peratus.

Beliau bertindak seolah-olah tiada esok baginya, jika beliau lewat esok akan ada Ketua Menteri yang baru jika beliau tidak mengangkat sumpah pada malam BN Sarawak diistiharkan masih mengekalkan majoriti.

Memang beliau sewajarnya bertindak demikian.. kerana ada sumber mengatakan Najib akan melantik Ketua Menteri yang baru menggantikan Taib yang jelas gagal dikawal olehnya namun begitu Taib telah berjaya memintas rancangan Najib itu..

Dengan ini sekali lagi Taib menunjukkan kepada Najib bahawa di Sarawak Najib tak ada kuasa, yang berkuasa itu Taib Mahmud!

Tiada ulasan: