Rabu, 27 April 2011

Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan

PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
NONE
"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.

"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).

Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.


Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kaku (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).

Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.

Polo sokongan Iban berbeza
Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.

Dalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.

Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.

Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.

"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.

Tiada ulasan: