Selasa, 19 April 2011

Penyakit bebalisme

Bila orang tak paham Islam berlagak nak jadi pejuang Islam nak menegakkan kebenaran kononnya, maka huru haralah jadinya. Perjuangan mereka hanya akan disokong dan dipuji oleh orang-orang yang sama-sama tak paham, yang sama-sama jahil.

Datuk T yang mendedahkan video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan alasan ko...nonnya mahu menegakkan kebenaran, demi kebaikkan masyarakat jelas menunjukkan kejahilannya apabila ditempelak oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya yang mengatakan beliau sebagai tidak faham Islam [Malaysian Insider]

Kali ini sudah lebih lima kali alim ulama, dan bijak pandai Islam, dari mufti sampailah ke ustaz dari ulama Kerajaan, sampailah ke ulama pembangkang tidak terkecuali[ Ulama Muda UMNO ] memberikan pendapat menentang budaya politik lucah yang dicetuskan oleh Datuk T.

Namun begitu, blogger-blogger gerombolan songkok tinggi termasuk media massa kerajaan tetap meneruskan kempen meraih sokongan rakyat melalui video lucah. Malah mereka mempersoalkan pula undang-undang Islam yang menetapkan keperluan 4 orang saksi yang tidak fasik untuk menuduh sesuatu perbuatan zina, atau berdepan dengan hukum Qazaf.

Susah nak bercakap dengan orang jahil, lebih susah nak bercakap dengan orang yang buat-buat jahil semata-mata untuk meraih kuasa dan keuntungan politik. Ulama, Ustaz, Mufti, guru agama, boleh pergi mampos, yang penting Barisan Nasional menang pilihanraya.

Di bawah ini contoh si jahil yang berlagak kononnya mahu menjadi pejuang Islam, menegakkan Islam, namun akhirnya hanya mampu menghina Islam kerana kejahilan atau penyakit bebalisme yang tidak dapat dirawat.
 

Tiada ulasan: