PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan peniaga di Pasar Padungan sambil mengagihkan bendera kecil 1Malaysia ketika mengadakan Program Tinjauan Mesra dengan pengundi di pasar berkenaan, di Bandaraya Kuching, pagi ini. Turut bersamanya, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) dan calon Barisan Nasional (BN) Padungan, Sim Kiang Shiok (kanan).- Foto Ghazali Bujang
Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.
"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.
Kah! Kah! Beri bendera bukannya kenyang pun!! Sokong lelaki itu, terang-terang minta duit dari bapa perasuah!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan