Rabu, 26 Januari 2011

Komen aku brhubung notis tunjuk sebab spt dipaparkan di wall sdr yob

ada yg komen jawab ajelah surat tunjuk sebab tsb.memang boleh jika MKA memilih utk menjwb surat tsb.tetapi harus kita ingat proses undang-undang perlembagaan parti itu perlu MPT sendiri hormati.tak perlu berbahas tentang pengertian dan tafsiran setiap perkara perlembagaan itu.kita lihat contoh paling mudah.lihat kembali surat tunjuk sebab itu.surat tsb dihantar melalui emel dan pos berdaftar ar.jika dihntr secara emel apa bukti MKA dan/atau lain2 penerima (jika ada lain2 kes) akan menerima surat tsb scr emel.jika mereka menafikannya apakah MPT akan berhujah'once send considered sent"?tentu sekali tidak adil begitu.terbaik dlm kes2 sebegini adalah serahan peribadi.

berbalik kpd serahan pos berdaftar ar.tidakkah pihak MPT (saya rujuk MPT krn ada pndpt SUA mewakili MPT) semasa membuat surat trsbt tidak terfikir jikalau kami beri 10 hari dr tarikh surat, bagaimanakah jika surat ini lambat dipos,lambat dihantar posmen?tidak tahukah MPT proses menghantar surat melalui pos berdaftar ar mengambil masa berapa hari.jadi adilkah memberi ahli parti tempoh sepuluh hari sedangkan surat tidak diberi pada hari pertama berjalan masa itu?
teguran ini untuk mematangkan kita.parti ini masih baru tetapi boleh diperbaiki menjadi lebih baik.

brkaitan pandangan bhw fasal-fasal trtntu membatalkan fasal 17.6.saya trpaksa tidak brsetuju dgn pandangan ini.with due respect, knp perlu penggubal fasal-fasal ini meletakkan fasal lain yg akan membatalkan sesuatu fasal scr otomatik.sangat tidak masuk akal.setiap fasal yg ada di dlm perlembagaan digubal sedemikian rupa krn ada tugas dan fungsinya.bagaimana tafsiran dibuat mngkin berbeza ttapi bagaimana bisa penggubal perlembagaan parti berniat membuat fasal yg boleh batal scr otomatik.
selain itu, fasal 18 khususnya 18.7 dn 18.12 (ini saya rujuk drpd pandangan sdr fareez).saya ulang fasal 18.7 di sini,
"dengan tidak menjejaskan kuasa Lembaga Disiplin, menyelesaikan masalah yang berbangkitdi peringkat Perhubungan Negeri dan bahagian jika ia tidak dapat diselesaikan diperingkat2 berkenaan..."
fasal ini jelas memberi kuasa 1.MENYELESAIKAN MASALAH 

adakah surat tunjuk sebab ini untuk menyelesai masalah?pandangan saya tidak.surat tunjuk sebab ini adalah satu permulaan tindakan tata tertib pd kebiasaannya.
ke2.fasal ini membicarakan PERINGKAT PERHUBUNGAN NEGERI DAN BAHAGIAN.
soalan saya jika rujuk surat di atas, tuduhan ke atas MKA adalah berkaitan pemilihan PUSAT.tidak ada kena mengena dgn Negeri atau Bahagian.

jadi bagi saya fasal 18.7 ini tidak trpakai.
sekali lagi saya ulang jika mahu MKA menjawab biarlah tuduhan itu jelas dn bukan sekadar sebaris perkataan 'menghalang' itu. tahukah kita apa itu notis tunjuk sebab? jika dibuat ayat yg lebih panjang ia akan berbunyi begini, "sila beri tunjuk sebab kenapa kami tidak boleh pecat kamu". itulah tujuan notis tunjuk sebab.yakni untuk membuang (dlm kes ini) seseorang itu jika dia gagal memberi tunjuk sebab yakni sebab2 kenapa dia tidak boleh dipecat.oleh itu bebanan adalah ke atas MKA untuk menunjukkan sebab-sebab kenapa dia tidak boleh dipecat.tetapi untuk MKA memberi sebab-sebab tersebut perlulah MPT memberi tuduhan dan alegasi yang jelas.apa dan bagaimana halangan itu dikatakan dilakukan.

saya percaya MPT patut menyerahkan tugas penting berhubung notis tunjuk sebab ini kpd Lembaga Disiplin semata-mata yg mana perlembagaan begitu adil dgn memberikan keanggotaan kpd ahli Lembaga Disiplin kpd ahli yg tidak memegang jawatan parti.itulah niat tulus perlembagaan parti kita supaya ada check n balance.
terima kasih.

Tiada ulasan: