Isnin, 12 September 2011

Kenyataan Mat Sabu dedah niat sebenar Umno - Tun M

Kenapa semua selinsing seluar? Nak tunjuk pada Madey?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih banyak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengeluarkan kenyataan berhubung isu pejuang kemerdekaan negara, ia hanya akan mendedahkan niat dan maksud sebenar perjuangan parti Umno.
 
Sehubungan itu katanya, adalah lebih baik semua pihak membiarkan sahaja Mat Sabu mengeluarkan kenyataan berkaitan kerana melaluinya, rakyat boleh menilai pembohongan dan niat sebenar yang sudah lama dipraktikkan oleh Umno.
 
"Apabila beliau cakap banyak, baru kita tahu apa dalam lubuk hatinya yang sebenar, mendedahkan apa yang sebenarnya dalam pemikiran mereka dan biar rakyat tahu pembohongan Umno ini.
 
"Mat Sabu berani buat kenyataan sedemikian kerana dia mahu nampak berkuasa sedikit iaitu dengan menidakkan perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar sebagai pejuang negara," katanya kepada pemberita pada majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama Tun Dr. Mahathir anjuran Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (Pemimpin) di sini hari ini.
 
Kira-kira 1,500 orang terdiri daripada ahli politik, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), wakil agensi kerajaan, swasta dan pelajar menyertai majlis itu yang dianjur bersama Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep).
 
Turut hadir Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pemimpin, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah.
 
Dr. Mahathir berkata, kini terpulang kepada bekas polis dan tentera untuk menilai sendiri perjuangan dan niat Mat Sabu serta pemimpin pembangkang lain berhubung isu yang ditimbulkan.

Kata beliau, kini terpulang kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan yang sesuai ke atas Mat Sabu ekoran kenyataannya bahawa pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.
 
Sementara itu ketika menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut, Dr. Mahathir berkata, pun di negara ini layak untuk mempertikaikan perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan negara.
 
"Namun baru-baru ini, ada orang kata bahawa ia bukan perjuangan sebenar."
 
 
p/s  Ajas takayn... Warghkahkahkah

Tiada ulasan: