Dalam keseronokkan mencari siapa yang benar dalam isu Mat Indra, kita dikejutkan dengan kenaikkan cukai GST oleh syarikat komunikasi untuk setiap transaksi yang melibatkan "prepaid"
Kita sedia maklum "prepaid user" adalah dari golongan muda yang rata-rata adalah pelajar, golongan yang baru bekerja dan sebagainya.
Mereka ini dalam process untuk memahirkan diri dalam mengawal kewangan sendiri tanpa bantuan daripada keluarga. Untuk pelajar mungkin ada yang menerima biasiswa dan bagi yang baru bekerja, tangga gaji mereka sudah tentu tidak setinggi mana.
Statistik PRU 2008 lepas kita tewas dengan undi daripada golongan muda yang rata-rata tidak memberi sokongan yang baik kepada BN. Kenapa itu terjadi?
Kerana mereka terdedah kepada teknologi multimedia yang pada ketika itu dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.
Perkara ini kita tidak boleh nafikan.
Selepas PRU 12, BN tersedar dari mimpi dengan penubuhan bermacam-macam unit untuk mengimbangi pembangkang yang menguasai media baru.
Alhamdulillah kita nampak perubahan selepas tindakan tersebut diambil.
Beberapa blog, online portal telah wujud dan juga kesedaran kepada teknologi melibatkan FB dan Twitter.
Ini adalah antara senjata utama bagaimana kerajaan BN boleh menggunakannya untuk memberi pemahaman terhadap apa jua isu dalam meyakinkan golongan muda bahawa kerajaan BN tidak seburuk yang di dakwa oleh pembangkang.
Kenaikkan cukai GST akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk terus memastikan golongan muda terus bersama mereka dengan bermacam-macam fakta kukuh untuk difikirkan.
Kalau perkara ini dipandang remeh oleh kerajaan BN, sejarah PRU 12 bakal berulang.
Kerajaan BN melalui jentera penerangan mahupun jentera-jentera lain sepatutnya telah memulakan gerakan menerangkan kenapa cukai GST ini perlu dinaikkan.
Perkara ini perlu dibuat sebelum pengumuman di lakukan bagi memastikan rakyat terutamanya golongan muda faham tentang kenaikkan tersebut.
Klik sini untuk laman web GST. Secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan GST boleh dilihat disini.
Jentera-jentera ini perlu dibekalkan dengan segala macam maklumat penting dalam bentuk teks mahupun video supaya pemahaman rakyat lebih senang berbanding kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang kadang-kadang tidak meyakinkan. Mungkin kerana mereka juga tidak faham tentang kenaikkan cukai tersebut secara keseluruhan ataupun mereka merasakan itu bukan tanggungjawap mereka.
Apa yang terbaik yang mampu dilakukan sekarang adalah tangguhkan kenaikkan cukai dan mulakan sesi penerangan terlebih dahulu.
Andai kerajaan BN gagal dalam perkara ini bermakna strategi kerajaan BN yang mengamalkan konsep "defensive" berbanding "offensive" sekali lagi bakal memakan diri.
Fikirkan Bersama.
Kita sedia maklum "prepaid user" adalah dari golongan muda yang rata-rata adalah pelajar, golongan yang baru bekerja dan sebagainya.
Mereka ini dalam process untuk memahirkan diri dalam mengawal kewangan sendiri tanpa bantuan daripada keluarga. Untuk pelajar mungkin ada yang menerima biasiswa dan bagi yang baru bekerja, tangga gaji mereka sudah tentu tidak setinggi mana.
Statistik PRU 2008 lepas kita tewas dengan undi daripada golongan muda yang rata-rata tidak memberi sokongan yang baik kepada BN.
Kerana mereka terdedah kepada teknologi multimedia yang pada ketika itu dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.
Perkara ini kita tidak boleh nafikan.
Selepas PRU 12, BN tersedar dari mimpi dengan penubuhan bermacam-macam unit untuk mengimbangi pembangkang yang menguasai media baru.
Alhamdulillah kita nampak perubahan selepas tindakan tersebut diambil.
Beberapa blog, online portal telah wujud dan juga kesedaran kepada teknologi melibatkan FB dan Twitter.
Ini adalah antara senjata utama bagaimana kerajaan BN boleh menggunakannya untuk memberi pemahaman terhadap apa jua isu dalam meyakinkan golongan muda bahawa kerajaan BN tidak seburuk yang di dakwa oleh pembangkang.
Kenaikkan cukai GST akan digunakan sepenuhnya oleh pembangkang untuk terus memastikan golongan muda terus bersama mereka dengan bermacam-macam fakta kukuh untuk difikirkan.
Kalau perkara ini dipandang remeh oleh kerajaan BN, sejarah PRU 12 bakal berulang.
Kerajaan BN melalui jentera penerangan mahupun jentera-jentera lain sepatutnya telah memulakan gerakan menerangkan kenapa cukai GST ini perlu dinaikkan.
Perkara ini perlu dibuat sebelum pengumuman di lakukan bagi memastikan rakyat terutamanya golongan muda faham tentang kenaikkan tersebut.
Klik sini untuk laman web GST. Secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan GST boleh dilihat disini.
Jentera-jentera ini perlu dibekalkan dengan segala macam maklumat penting dalam bentuk teks mahupun video supaya pemahaman rakyat lebih senang berbanding kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan BN yang kadang-kadang tidak meyakinkan. Mungkin kerana mereka juga tidak faham tentang kenaikkan cukai tersebut secara keseluruhan ataupun mereka merasakan itu bukan tanggungjawap mereka.
Apa yang terbaik yang mampu dilakukan sekarang adalah tangguhkan kenaikkan cukai dan mulakan sesi penerangan terlebih dahulu.
Andai kerajaan BN gagal dalam perkara ini bermakna strategi kerajaan BN yang mengamalkan konsep "defensive" berbanding "offensive" sekali lagi bakal memakan diri.
Fikirkan Bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan