Khamis, 8 September 2011

Dr. Khoo Kay Kim & calon Melayu DAP

1- Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berpendapat bahawa, rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa percaya serta yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.

“DAP mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tbanyak membantu ketika ini”

"DAP dan Pas sekarang mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu berbincang mengenai pelbagai perkara. 

2- Menurut Kay Kim lagi, tujuan utama DAP mengubah strateginya dengan memberi fokus kepada orang Melayu adalah untuk mendapatkan kuasa seimbang. DAP sedar bahawa sekiranya mahu mendapatkan kuasa autonomi bersama PR di negara ini, mereka perlu mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.


Bagaimanapun, Kay Kim pasti rancangan DAP itu akan berjaya.


"Perjuangan dan ideologi DAP itu juga bersesuaian dengan orang Melayu. Golongan itu dinaungi oleh hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.”

"Sebenarnya semua ini terletak pada orang Melayu sendiri. Adakah mereka mahu menyokong perjuangan DAP,"

3- Pandangan Kay Kim memang berasas bahawa DAP mempercayai PAS apabila Nik Aziz sendiri hari ini mengesah kan bahawa terdapat 5 perjumpaan beliau dengan orang-orang Melayu.

Berdasarkan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil, 

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan DAP," 

“Nik Aziz ada memberitahu, PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.” Sumber Malaysiakini

4- Perkara-perkara penyatuan orang Melayu membuatkan DAP gembira dan mereka berusaha kearah menguasai pentadbiran kerajaan Malaysia bersama PR.

Kit Siang

Tiada ulasan: