Selasa, 6 September 2011

TUGU NEGARA MENGENANG SIAPA..?

Sila lihat nama-nama yang terukir sebagai pejuang di Tugu Negara,ada anda lihat nama-nama yang kemelayuan? Adakah tiada askar melayu yang berjuang di dalam mempertahankan negara? 
Adakah semua orang melayu ketika itu bersembunyi...takut? Atau hanya tentera Brittish yang berjuang dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan atau tawanan Jepun?

KLIK IMEJ UNTUK BESAR
Semua ini adalah propaganda Brittish semata-mata...oleh kerana tugu ini di bina oleh mereka maka hanya nama-nama tentera Brittish yang terukir di sini.

The Naval War Memorial juga adalah sebuah tugu yang di bina untuk menghargai jasa semua askar yang terkorban di dalam peperangan.Memorial ini terletak di Plymouth Hole yang terletak di Bandar Plymouth,United Kingdom.

Apa perbezaannya?

Lihat pula nama-nama yang tercatat.... Nama-nama tentera Melayu yang turut terkorban turut tercatat di sini sebagai tanda mengingati perjuangan mereka.
 
Kebanyakkan tentera dari Tanah Melayu ini adalah tentera laut yang berjuang bersama-sama tentera Brittish yang lain.
Sempena bulan kemerdekaan tahun ini kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua tentera Tanah Melayu yang terkorban. Al -Fatihah.
 
Gambar diatas jelas menunjukkan British lebih melayu dari melayu itu sendiri. Di England, nama melayu terpahat ditugu memorial tetapi ditanah air sendiri, melayu diabaikan.

Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka.

Tiada ulasan: