Sabtu, 17 September 2011

Menguasai Bahasa Inggeris..

Ramai beranggapan menguasai Bahasa Inggeris tidak begitu penting. Cukup sekadar helo, Hai, You and I sudah memadai. Yob pon pening ngan Kementerian Pendidikan yang asik bertukar pendirian. Sekejap penting, sekejap tidak.


Ada pulak beranggapan jika melayu tidak memertabatkan Bahasa Malaysia, maka akan hilang lah identiti kita sebagai melayu. Apa pon lantak korang lahh! Korang pernah dengor jenama hanpon ni..?


Wajib Lulus Bahasa Inggeris 2012

 

Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pertimbangan itu adalah berdasarkan cadangan yang diterima daripada pelbagai pihak dan 85 peratus daripadanya bersetuju untuk melaksanakannya.
Bagaimanapun katanya, beberapa perkara penting perlu diperhalusi bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut sebelum ia dilaksanakan.


“Kita tidak mahu terburu-buru dan kita kena pastikan tenaga pengajar mencukupi serta kualiti guru-guru terlibat meningkat.



“Tenaga pengajar luar dari United Kingdom dan Australia seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dipertimbangkan bagi tujuan tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar First Steps di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra anjuran FTM Bina Sdn. Bhd., dan Pearson Education bersama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran di sini semalam.


Jelas Mohd. Puad, untuk melaksanakan perkara tersebut, bahagian kokurikulum dan pentafsiran telah diarah melakukan kajian terperinci.

Tiada ulasan: