Ahad, 18 September 2011

UMNO MEMANG KAYA HARTA, TAPI MISKIN JIWA..

 
Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. 
 
Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.

Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO. 

Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. 
 
Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar  kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. 
 
Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.

Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?

Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? 
 
Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah sabsidi dari parti politik lain.

Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. 
 
Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. 
 
Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.

UMNO tidak boleh mengambil risiko peranan nya di sangsikan. Ini lah modal politik mereka yang terbesar. Selagi UMNO dapat memonopoli peranan dan kedudukan sebagai satu satu nya pejuang kemerdekaan, kesetiaan orang Melayu keatas UMNO tidak akan goyah. Musnahkan monopoli tersebut, modal terakhir UMNO mengekalkan legitimacy sebagai wkail mutlak orang Melayu turut musnah.

Apa perlu di lakukan? Celakakan Mat Sabu- itu misi baru penyokong UMNO. Namun, dalam zaman ini dengan ujudnya kebebasan bersuara dan memberi pendapat di laman web, mencelakakan Mat Sabu tidak semudah ABC.Permintaan meminta Mat Sabu mohon maaf, akan di 'pantatkan'.

Dengan membayangkan bahawa bukan UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka sahajalah yang berjuang untuk kemerdekaan, asas kesasihan UMNO menuntut kesetiaan mutlak dari terutama nya orang Melayu, akan musnah.  Bangsa lain sudah sejak 2008, mempersetankan UMNO. 
 
Jika kesetiaan mutlak UMNO itu retak, dan kita tahu bahawa survival UMNO hari ini bergantung semata mata keatas keupayaan nya ‘mengikat’ fikiran orang Melayu, masa depan UMNO itu sendiri amat muram. Menyedari perkara ini, UMNO sudah bertindak dengan overkill.

Suatu cara yang mudah ialah mengkomuniskan Mat Sabu. Overkill yang di lakukan ialah melibatkan PAS bersekali dengan Mat Sabu. Jadi kita lihat percubaan meluaskan pendirian Mat Sabu sebagai juga pendirian PAS. Disini lah kebodohan penentang Mat Sabu. Ianya meletakkan PAS, yang hdup mati politik mereka ialah Islam sebagai penyokong komunisme? 
 
Mana lah ada kebodohan yang melebihi ketongongan yang mahu meletakkan PAS yang bergerak atas landasan Islam sebagai penyokong komunisme?  Adakah UMNO mempunyai cukup bekalan mempertahan dakwaan mereka bahawa Mat Sabu dan PAS itu penyokong komunisme? Kepada saya ini overkill yang UMNO tidak akan menang.

Kemudian kita ada cara muslihat yang menjadi kesukaan pihak lawan yang kehabisan modal penghujjahan. Discredit keperibadian lawan mereka. Maka kes moral Mat Sabu yang lama, di siarkan kembali. Nyonya mercenary Jocelyn Tan dari akhbar star mengungkit kembali kes khalwat Mat Sabu seolah olah kes tersebut akan menghapus kontroversi dan ancaman keatas golongan berkuasa. 
 
Apa pun yang boleh di fahami dan di terjemah dari kes khlawat Mat Sabu itu tidak bermakna Mat Sabu tidak mampu memberi kredibiliti keatas versi sejarah Malaysia nya. Mat Sabu’s morality issue does not destroy the possible legitimacy and validity of his version of history. Ertinya, walaupun kita cuba mendiskreditkan peribadi Mat Sabu, ianya tidak akan menyekat kesangsian umum keatas monopoli puak UMNO keatas sejarah Malaysia. 
 
Tambahan pula, membawa isu moral kedalam perbincangan politik akan mendedahkan pimpinan UMNO kepada isiu yang serupa. Dalam keadaan ini, pemimpin UMNO harus menyedari signifikens perpatah Inggeris- mereka yang mendiami rumah kaca, jangan membaling batu. Cerita moral pimpinan UMNO lebih dari 30 juzu’.

Masuk pula Dr Mahathir ke dalam gelanggang. Dr Mahathir telah hentam PAS kerana menghina Tunku Abdul Rahman. Kita sedia maklum, dalam soal menghentam Tunku Abdul Rahman, bidang ini di kuasai oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir lebih dahulu menghentam Tunku Abdul Rahman dan biasa nya condemnations keatas Tunku di lakukan oleh Dr Mahathir diatas pentas PAS. 
 
Ketika itu , Dr Mahathir sendiri tidak laku dalam UMNO. Hari ini Dr Mahathir membela Tunku dan kondem PAS kerana mengangkat martabat pejuang kemerdekaan yang bukan dari UMNO.

Tapi bila Dr Mahathir menyetujui bahawa Malaysia tidak pernah di jajah, sekali lagi, Dr Mahathir sebenarnya kondem Tunku. Sebab jika negara kita tidak pernah di jajah, maka peranan Tunku dalam mencapai kemerdekaan negara tidak ujud.  Jadi perdana menteri kita yang pertama sebetulnya tidak ada peranan apa apa dalam ‘kemerdekaan’ negara kita. 
 
Oleh yang demikian, bagaimana Tunku Abdul Rahman boleh bergelar kemerdekaan sedangkan ‘peristiwa merdeka’ itu sendiri tidak ujud. Bagaimana Tunku jadi bapa kepada sesuatu yang tidak ujud?  Bila Dr Mahathir kata kita tidak pernah di jajah, dengan sendiri Merdekah! UMNO itu suatu pembohongan dan helah UMNO untuk terus menghamba-abdikan minda orang Melayu.

Hanya untuk menundukkan pendapat Mat Sabu, kita sanggup menggadaikan maruah dan prinsip? Kita jadi politikus dan professor pelacur? Kita sanggup mengatakan bahawa negara kita tidak pernah di jajah dan kerana itu, sesiapa dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan sebuah negara yang tidak pernah di jajah itu apa? 
 
Kita menipu untuk membolehkan kita berkata mereka adalah loyal subjects negara dan yang membunuh mereka adalah petualang?

Kita lakukan ini semua, hanya untuk membuktikan perkara ini?  Dimana moraliti pimpinan UMNO? Dimana sense of self respect kita sebagai orang Melayu?  Tokoh2 pejuang kebangsaan Melayu yang kita agung2kan dan kita politikkan ketika masa runcing dan genting sebetulnya petualang?

Jika Malaya tidak pernah di jajah dan zaman pemerintahan Inggeris sehingga 1957 menjadikan Malaya sebuah protectorate, maka semenjak tahun 1946, yang di perjuangkan UMNO itu apa sebenarnya?  Apa peranan UMNO sebetulnya jika demikian? Running dog atau anjing lumba untuk imperialism Inggeris?  

Politikus UMNO dan professor penyokong nampak nya menggali lubang yang lebih besar untuk UMNO.

UMNO itu dan UMNO ini. UMNO memperjuangkan kemerdekaan. Demikian bunyinya fakta yang di tanam dalam benak kita. Buku sejarah pula membenarkan fakta tersebut. Professor pula mempertahankan fakta tersebut.

Tetapi tiba tiba, kita di beritahu, Malaysia , Malaya dan Tanah Melayu sebetulnya tidak pernah di jajah. Perkara ini di nyatakan oleh seorang bekas professor UM. Pendapat tersebut turut di sokong oleh Dr Mahathir yang di anggap sesetengah orang, masih lagi PM Malaysia. 
 
Kepada saya, kenyataan mutakhir Dr Mahathir mengenai kemerdekaan kita, mengonfirmkan tanggapan saya, bahawa sesungguhnya Dr Mahathir sememangnya, boleh berjalan di atas permukaan air. Like Jesus, he can walk on water.

Ini menyebabkan semua orang berfikir. Adakah UMNO menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita di jajah sebenarnya suatu pembohongan UMNO yang di perpanjangkan oleh UMNO untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?

Tidak ada perkara yang lebih menyatupadukan orang Melayu selain daripada meyakinkan mereka, bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Tapi UMNO kata kita tidak pernah di jajah. What does that make UMNO? UMNO adalah Don Quixote yang menjadikan penjajahan kincir angin yang di khayalkan sebagai seekor naga zalim.

Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri negeri yang sovereign. 
 
Jika ini pendirian UMNO yakni selama ini, semenjak British datang ke Tanah Melayu , negeri Melayu semua adalah sovereign states, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri negeri tersebut adalah pendukung negeri negeri yang sovereign. They were loyal subjects dan sesiapa yang membunuh loyal subjects adalah pengkhianat.

Maka demikian, celaka sungguh lah UMNO. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa rupa nya. Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?

Jika demikian, apa sebenarnya peranan UMNO dalam sejarah orang Melayu? Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpin nya memperakui hal demikian, maka UMNO sebenarnya tali barut imperialism Inggeris. 
 
UMNO merupakan the biggest apologist keatas penaklukan Inggeris keatas negara kita. Ini juga bererti UMNO itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris.

Ianya membuat saya berfikir adakah Dr Mahathir juga pembhong besar- sebab untuk beberapa tahun ketika saya hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, Dr Mahathir sebagai presiden akan menyebut dalam ucapan dasar nya, umat Melayu telah di jajah selama 400 tahun lebih. Sekarang Dr Mahathir kata, kita tidak pernah di jajah. Adakah perlakuan demikian menjadikan Dr Mahatihir running dog and greatest apologist for modern day imperialism?

Adakah kita rela menjadi intellectual hypocrites semata mata mahu disprove dan discredit Mat Sabu dan deny Mat Indera kedudukan yang respectable dalam sejarah Malaya? Ini intellectual dishonesty yang paling tinggi. Gelaran professor kepada mereka yang sanggup melakukan silap mata seperti ini harus di tarik balik.

Kekeliruan yang terbit dari kontriversi cetusan fikiran Mat Sabu telahpun menyebabkan kesan yang saya khuatir akan terjadi- yakni ia menyebebakan wholesale review keatas peranan dan sumbangan UMNO di dalam merdeka tahun 1957. 
 
Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya Penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang di cipta oleh pimpinan UMNO. Adakah UMNO penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita di JAJAH? 
 
Tujuan UMNO tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepada nya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu.
 
 
p/s AJER APA..?

Tiada ulasan: