Salam.
Akhirnya, dah abis baca buku 13 Mei: Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia. (Penulis: Kua Kia SoongTahun: 2008). Buku ni aku beli kat MPH Bookstore Midvalley Megamall.
Agak menarik tetapi sedikit frust.
Sebab sebelum ni dah banyak buku yang aku baca, years later aku dapat maklumat lain yang bertentangan dengan buku sebelum ini. Buku ini seolah tesis yang menggabungkan pandangan pemimpin lama seperti Tunku Abd Rahman, wartawan asing dan maklumat dari Pejabat Rekod Awam London.
Risau takut jadi macam cerita Balai Polis Bukit Kepong. Baca sejarah wahhhh hebat perjuangan berbalas tembakan. Tapi bila dengar dari cerita orang tempatan, eksklusif dari Bukit Kepong sendiri, perasaan frust melanda.
Sebabnya, diorang tak melawan pun, senjata disusun elok, khabarnya tengah bermain daun terup. Filem Bukit Kepong seolah-olah banyak pulak menipu sejarah.
Polis yang diangkat hero kerana selamat dalam ambush komunis tu padahal memang beliau selamat, sebab beliau sedang bercuti masa tu. Adakah perlu menipu sejarah untuk membangkitkan semangat patriotik?
Namun, aku tak letak buku ini betul 100%. Apa yang diharapkan ialah sejarah yang masih kabur perlu sentiasa ada perbincangan baru supaya ilmu itu sentiasa menjadi segar. Berilah peluang kepada rakyat untuk terus berdiskusi tanpa dituduh tidak patriotik.
Lagipun buku ini sendiri disahkan oleh Pak Lah (ketika masih PM) sebagai tidak bahaya. Hanya garapan diskusi baru berkenaan kejadian itu. Kehebatan Hang Tuah pun aku pertikaikan ini kan pula berkaitan kejadian yang berkaitan sentimen perkauman.
Ataupun muncul tiba-tiba keturunan Iskandar Dzulkarnain di pergunungan untuk menjadi sultan di negeri-negeri Melayu? Takkan ada ilmu ghaib kot.
p/s Agakanya siapa yang menjadi punca? Sindiran kaum cina? Perhimpunan Melayu di depan rumah MB Selangor? Atau sengaja dijadikan Tunku Abd Rahman sebagai kudeta untuk mengambil kuasa beliau oleh kalangan kapitalis.
Lagipun selepas itu wujud felda, tabung haji, bank bumipurta dan lain-lain sekaligus mewujudkan jutawan kalangan Melayu. Jika betul, alangkah malangnya penghujung riwayat politik tunku. Lagipun, beliau meninggal ketika dalam Semangat 46, bukan UMNO. Sama macam Onn Jaafar dalam Parti Negara, bekas pengasas UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan