Rabu, 21 September 2011

TUDM ~ MOHON SELESAIKAN ISU INI... TQ



 

PENGANIAYAAN DAN PENINDASAN


Kepada: Rakyat Malaysia yang Prihatin,

Saya Faizzal Jinong bin Abdullah, adalah persara Tentera Udara Di Raja Malaysia, yang telah bersara pada 10hb Disember 2008, setelah berkhidmat selama 22 tahun 9 bulan.

Ingin saya tegaskan ini, tujuan saya membuat  pendedahan di ruangan Facebook ini bukannya mahu menghentam siapa ataupun memburukkan “ Nama Baik  Tudm”. Kerana saya tahu, dalam hal ini bukannya TUDM yang bersalah tetapi ditujukan kepada " INDIVIDU-INDIVIDU "  yang berkepentingan peribadi di dalam PENTADBIRAN TUDM.

Kini hanya melalui Facebook ini sahaja dapat saya paparkan kejadian yang menimpa kami sekeluarga, kerana semua Akhbar dan Siaran Media yang menyiarkan cerita kami selama ini, telah disekat oleh mereka. Sebelum ini, mereka yang bertanggungjawab, khasnya AKS Tadbir Tudm, Dato Mohd Nor Bin Mohd Said, bergitu lantang bersuara, mengatakan  tidak ada tidak ada PENGANIAYAAN dan PERNINDASAN serta TANGKAPAN berlaku keatas saya dan keluarga.

Sekiranya benar tidak ada PENGANIAYAAN DAN PENINDASAN SERTA TANGKAPAN berlaku, kenapa sehingga ke hari ini, Pihak-pihak yang  “Bertanggungjawab dan Kementerian Pertahanan “  tidak memberi  penjelasan dan maklum balas, seperti  yang minta oleh Jabatan Perdana Menteri, melalui surat,

 Rujuk: PPM(T)600-8/5/7 Jld.3(55) bertarikh 05 April 2011. Apakah surat ini hanya sesautu PERMAINAN....ataupun SENDIWARA...!

Sebagai PERSARA TUDM yang menjadi mangsa, saya hanya menyuarakan kepada mereka yang FAHAM…dan yang TIDAK FAHAM...TAK PERLULAH MENYALAK MACAM ANJING....menegakkan benang yang sememangnya sudah basah.

Salahkah saya….!

Tujuan saya hanya mahu menuntut pembelaan demi menegakkan kebenaran keatas apa mereka lakukan keatas saya dan keluarga saya,  khasnya isteri serta anak-anak saya yang ketika itu berumur 5 hingga 17 tahun. Dimana mereka turut ditahan dalam kepongan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Tudm yang siap bersenjentakan M16, serta dibantu oleh seorang pegawai polis iaitu Saiful bin Mohd Mustapa dan dijadikan tebusan di kuarter polis Tabuan Jaya.

Yang melakukan ini, semuanya orang Melayu yang berugama ISLAM....APAKAH INI KERANA SAYA BUKAN MELAYU.....ATAUPUN KERANA SAYA SEORANG MUALAF........?

Apakah... PERBUATAN  kEJAM, KEJI  DAN HINA INI.....harus berlaku di Negara ISLAM seperti  MALAYSIA...ini ?

Persoalannya kini, KENAPA KAMI SEKELUARGA DIPERLAKUKAN BEGITU HINA DAN KEJAM. Sekiranya benar saya yang bersalah, dan hanya membuat TUDUHAN dan FITNAH, tangkap dan samanlah saya dan BUNUH lah kami sekeluarga, kalau itulah jalan penyelesaian.

Kepada meerka yang FAHAM ataupun sengaja TIDAK FAHAM , Saya bukannya tidak mahu perkara ini dibawa ke muka pengadilan,  tetapi saya tidak berkemampuan. Saya bukannya orang senang, wang yang ada pun hanya cukup untuk menampung perbelanjaan persekolahan dan rawatan kesihatan isteri saya.

FAIZZAL JINONG BIN ABDULLAH

 
SURAT DARI JPM KEPAD KEMENTERIAN PERTAHANAN

Tiada ulasan: