Isnin, 5 September 2011

NORAMFAIZUL PUTERA MALAYSIA

"LETS NOT REMEMBER HOW HE DIED. LETS REMEMBER HOW HE LIVE.."

Salam Solidaritas...


Setelah membaca banyak posting mengenai arwah, Yob terpanggil untuk menurunkan pandangan Yob mengenai tragedi yang menimpa. 


1. Kemanusiaan merupakan misi utama kumpulan ini ke Somalia. Jesteru itu, poltik wajib digugurkan. Yob hanya melihat bendera Malaysia dikibarkan, bukan bendera Umno semasa misi di Somalia. Maka misi kemanusiaan ini adalah misi Malaysia walaupon dibawah pimpinan Umnoputra.


2. Membuat liputan di zon perang merupakan tugas yang berisiko tinggi dan ini pasti telah dimaklumkan kepada setiap anggota yang menyertai misi kemanusiaan ini.


3. Menyalahkan prosedur, baju kalis peluru dan sebagainya adalah seakan mencari alibi diatas kematian arwah. Ajalnya sudah tertulis di luh mahfuz, redha, dan kita teruskan perjuangan.


Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia (bukan kerajaan umno) memberi pengiktirafan kepada media dan arwah khususnya dengan menamakan dewan, sekolah atau apa saja yang difikirkan sesuai dengan nama putera Malaysia yang terkorban ini. 

Sebenornye Yob dah cemuih bila nama sekolah, kolej, universiti asik asik nama ahli politik umno. Betui tak?


Yob rasakan, tak ramai ahli politik umno yang cekal seperti arwah. Kalo ada pon, dorang duduk dikhemah je. cer korang gi cek, Datuk Azeez ikot ronda buat liputan atau ada dimana?


Akhir kalam, Yob dan warga RTPJ mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya dibawah rahmat allah swt, ameen..


~AL FATEHAH~

Tiada ulasan: