Khamis, 29 September 2011

Labun Kafe Leha Jande : "KUOTA BUMIPUTRA"

Najib berjanji kuota untuk bumiputra akan di hapuskan. Itu adalah janji beliau dan beliau akan memberikan perhatian terhadap UMNOputra dan MAMAKputra yang ‘talented’ sahaja. Dalam lain-lain perkataan Najib akan menghilangkan terus semangat DEB.

Pemansuhan segala keistimewaan bumiputra ini wajar dan tidak perlu di tolak kerana semasa semua keistimewaan itu masih ada pun bumiputra tidak mendapat keistimewaan itu juga kerana yang sepatutnya di perolehi oleh bumiputra yang marhean di bawah ini keistimewaan itu dikaut oleh bumiputra yang teristimewa melalui budaya kronism yang menebal di kalangan yang hampir dengan pucuk pimpinan sejak berdekad yang lalu.

Apabila kuota-kuota bumiputra ini dimansuhkan maka ramai orang Melayu sendiri sudah berpendapat yang UMNO sudah tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperjuangkan. Maka menjadi ahli mana-mana parti yang bersifat ‘multi racial’ merupakan alternatif yang paling sesuai untuk mereka menyertainya. UMNO yang pada asasnya ditubuhkan untuk memilihara kepentingan Melayu sudah tidak lagi menerima asas itu sebagai perjuangannya.

Meninggalkan parti UMNO merupakan satu tindakan yang baik dan tidak patut dijadikan isu lagi. UMNO sudah tidak ada lagi untuk memperjuangkan orang Melayu kerana untuk menjaga keistimewaan yang telah di wariskan oleh pemimpin terdahulu pun tidak mampu di pertahankan masakan UMNO mampu untuk menambah lagi kekuatan bangsanya melalui parti itu.

Akhirnya mari kita bersama-sama untuk bersetuju supaya kuota istimewa untuk bumiputra itu di mansuhkan seratus peratus kerana jika keistimewaan itu masih ada pun orang Melayu tidak pun mendapat faedah apa-apa.

Hanya jika keistimewaan ini di mansuhkan UMNO akan hilang relevan kewujudannya kerana parti ini tidak ada apa-apa lagi yang hendak diperjuangkan untuk bangsa yang menjadi ahlinya. UMNO nampaknya memang mengikut kehendak rakyat untuk mentadbir rakyat secara samarata dengan membuang kuota istimewa untuk orang Melayu.

Tetapi jika UMNO cuba untuk mentadbir secara sama-rata maka PAS dan DAP adalah parti yang paling sesuai untuk mentadbir negara dan negeri dengan sokongan padu dari PKR. Mereka telah menunjukan bukti jelas tentang kemampuan mereka menjaga rakyat tanpa sesiapa diberikan keistimewaan.

Oleh kerana Najib hendak menghapuskan keistimewaan untuk orang Melayu, sekarang orang Melayu juga ada pilihan. 


Pilihlah yang mana satu tanpa ragu dan was-was.

Tiada ulasan: