Jumaat, 16 September 2011

LOMPAT SI KATAK LOMPAT..


Ibrahim Ali  adalah seorang ahli politik Melayu Malaysia, berasal dari jajahan Pasir Mas, Kelantan. Beliau terkenal sebagai pengasas dan presiden pertubuhan hak Melayu Perkasa




Datuk Ibrahim Ali dilahirkan pada 25 Jan 1951 di Kampung Pasir Pekan , Tumpat, Kelantan. Beliau anak kelima dan anak tertua dari 13 anak. Bapanya ketua kampung di situ. 

Bapanya pernah ditahan di bawah Akta 1958 kerana menjadi penyokong PAS. Bapanya pernah menjadi penganjur pertunjukan wayang kulit dan pertandingan tomoi siam.

Reputasi dan kredibiliti Ibrahim Ali terjejas selepas gagal menghadiri Perhimpunan Bersih 2011 pada 9 Julai 2011 walaupun sebelum itu telah mengugut untuk membawa rombongan seramai 15 ribu ahli Perkasa untuk melawan peserta perhimpunan Bersih. Beliau juga telah mengugut kaum Cina supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut. 

Setelah ucapan demi ucapan berapi-api yang diberikan beliau, beliau tidak pula muncul pada hari yang dijanjikan. Setelah dihubungi media, beliau mendakwa yang beliau tidak sihat serta sebelum itu, tidak mendapat kebenaran isterinya.

Ketika belajar di UITM, beliau tukar kursus dari undang-undang kepada komunikasi massa.

Pada Disember 1974, berlaku kemiskinan massa di Baling , Kedah. Harga getah jatuh menjunam dan penoreh berhadapan dengan kelaparan. Ketika itu Kesatuan Kebangsaan Mahasiswa Malaysia sedang mengadakan projek 'Desa Siswa' di Baling. Ekoran itu , persatuan telah mengadakan demonstrasi melibatkan 10,000 orang. 

Seterusnya mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka. Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim berjaya melompat keluar dari trak FRU dan bersembunyi di sebuah kuil di Jalan Bandar. Anwar Ibrahim ditangkap semula. Ibrahim turut ditangkap di UKM oleh polis cawangan khas dan ditahan di bawah ISA. Dia ditahan Blok 8, Kem Tahanan Kamunting bersama idolanya, Anwar Ibrahim.

Beliau menyertai parti UMNO dan pernah memenangi parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional - UMNO. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987. Kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 dan bergabung dengan PAS, beliau turut menyertai Tengku Razaleigh Hamzah. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan PAS dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO. Tetapi dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 dan keahliannya dalam UMNO digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Datuk Ibrahim Ali telah bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas. Tetapi beliau tewas. Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan. Beliau hanya mendapat 415 undi sahaja.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau bertanding atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Walaupun begitu, beliau tetap menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti walaupun bertanding di atas tiket PAS.

Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas atas tiket parti PAS pada tahun 2008. Ramai penyokong PAS dan sebahagian ahli UMNO mengundi beliau sehingga mendapat majoriti 8991 undi. Kemenangan besar itu menyebabkan Ibrahim Ali mendakwa dirinya calon bebas. Ucapan dan tindakannya dalam Perkasa menunjukkan beliau bukan ahli PAS, tidak menyokong PAS malah menentang PAS. 

Program Perkasa yang beliau anjurkan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penceramah jemputan. Perjuangan beliau lebih kepada 'pelampau Melayu' berbanding 'pejuang Islam'. Lantaran itu penyokong dan pimpinan PAS mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut tidak tahan dengan gelagat Ibrahim Ali yang telah berpaling tadah. Beliau mendesak Ibrahim Ali melepaskan jawatan dan memberi laluan pilihan raya kecil di kawasan itu.

Pada 12 Mac 2008, Malaysiakini merujuk kepada laporan yang mengatakan bahawa penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat Dunham-Bush Malaysia yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya yang pernah dimiliki Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Pada 18 Mac 2010, Ibrahim Ali akan menyaman The Sun ekoran "Sultan Keeps PERKASA Guessing On Invitation." yang menuduhnya dan PERKASA mengeluarkan kad jemputan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertubuhan itu pada 27 Mac 2010 dengan menyebut ia akan dirasmikan oleh Sultan Selangor tanpa sebarang kebenaran baginda dan pihak istana. Katanya, ia juga ekoran satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, yang mendakwa baginda telah menasihatkan Ibrahim supaya jangan bersikap melampau.

Pada 29 April 2010, firma guaman Tetuan Salehuddin Saidin & Associates memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam. Ibrahim menamakan Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pengarang Kumpulan "The Sun", wartawan Terence Fernandez dan pencetak serta pengedar akhbar berkenaan, Sun Media Corporation Sdn Bhd, sebagai defendan. Akhbar itu cuba melaga-lagakan PERKASA dengan Sultan Selangor.

Pada 24 Mac 2010, Ibrahim Ali bersumpah dengan nama Allah menafikan dakwaan Saifuddin Nasution Ismail kononnya dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports . Syarikat itu milik bilioner Tan Sri Vincent Tan. Ibrahim turut membidas Malaysiakini dan wartawan Salhan K Ahmad berhubung penyiaran itu.Mereka sepatutnya merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti. "Saya sebenarnya cuma ahli lembaga pengarah (tanpa sebarang saham) dalam sebuah syarikat pendingin hawa, dan saham syarikat itu turut dimiliki oleh sebuah syarikat yang turut mempunyai syarikat yang menjalankan perniagaan perjudian,"

Pada 21 April 2010, notis Ibrahim Ali kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin MuliaMara Holdings sebelum RM5 juta daripada jumlah itu dicairkan. "RM1 juta diberikan untuk isteri, RM1 juta diberi kepada anaknya dan RM3 juta lagi beliau buat main politik. RM20 juta lagi disimpan dan sekarang saham itu tidak lagi bernilai RM20 juta kerana paper loss, barangkali tinggal RM10 juta". supaya Saifuddin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah ditolak. Saifuddin mendakwa bahawa Ibrahim Ali memiliki saham RM25 juta dalam

Pada 13 Oktober 2010 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menarik gelaran datuk daripada Ibrahim Ali kerana komen beliau yang menyinggung Sultan. Antaranya beliau menuduh bahawa Tengku Muhammad Faris Petra serta keturunannya tidak layak menduduki takhta Kelantan kerana bukan dari keturunan DYMM Long Yunus

Diketahui bahawa Ibrahim Ali rapat dengan ahli perniagaan Tengku Iskandar bin Tengku Ahmad (Tengku Panglima Raja) yang didakwa keturunan sah DYMM Long Yunus dari jalur Sultan Muhammad II bin Tengku Aria Pahlawan Long Tan. Tengku Iskandar telah beberapa kali memfailkan tuntutan terhadap takhta Kelantan kerana Sultan Ahmad yang menaiki takhta pada 1886 hanyalah pemangku raja dan menantu kepada Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah)

Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Setelah tidak datang ke Perhimpunan Anti-Bersih yang diwar-warkan oleh beliau, kredibiliti Ibrahim Ali telah terjejas dan menjadi bahan jenaka pelayar laman siber.



p/s Kata ni dah jadi penglipur lara Tanah Melayu. Dah sama stendet dengan Pak Pandir. Warghkahkahkah! .......

Tiada ulasan: