Isnin, 1 Ogos 2011

Andainya Ini Ramadhan Terakhir Yob...

Andainya ini ramadhan yang terakhir, Yob ingin memohon maaf diatas segala ketelanjuran bahasa, yang disengaja atau tidak disengajakan... Maklum ler, sebagai manusia, kita tidak pernah sempurna.  


 Halalkan makan minom, hutang piutang yang maseh belom mampu Yob jelaskan sepenohnya. Hutang kita sesama Allah swt, mudah mendapat pengampunan dan rahmatnya. Hutang sesama manusia yang payah sangat ni.

Jadi, kalo komer suka buat kerojer fitnah, cepat cepat ler mohon maaf. Sakaratul maut tak mengenal tua muda. Yang pastinya, tahun ini pasti ada rakan rakan yang akan meninggalkan kita. 


Yob dah bersedia.. Agak agak komer dah bersedia ker? Warghkahkahkah...


p/s Kak Yong kamu merupakan orang yang paling sebok menjelang Ramadhan ni. Kat dapor tu, kelentung kelentang ngah numbok sambal untok juadah sahur pagi ni. Sesunggohnya, Yob sayangkan Kak Yong kamu. Warghkahkahkah....

Tiada ulasan: