Setelah terbaca posting oleh Sdr Mat Saman Kati, Yob terpanggil untuk menjawab beberapa komen yang kurang tepat atau terkeliru.
Berikut adalah jawapan dari Yob :
1. RTPJ bukan milik mana mana ahli politik atau parti politik. Dasar perjuangan RTPJ adalah "Yang benar jangan dipertikaikan, dan yang salah jangan diselindungkan". RTPJ juga bertindak atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan mana mana ahli politik yang korup dan rakus, samaada dari BN atau PR.
2. RTPJ adalah dibawah Yob, bukan dibawah Mustaffa Kamil Ayub. RTPJ diaktifkan semula selepas Yob keluar dari MAP.
3. Yob Tualang Sekah bukan proksi Mustaffa Kamil Ayub.
4. Perselisihan faham diantara Jingga 13 dan RTPJ adalah kerana artikel kami yang mendedahkan salahlaku YB PKR, dan ini tidak disenangi oleh Jingga 13.
5. RTPJ tidak perlu menjawab kepada mana mana YB atau parti kerana kami adalah sekumpulan aktivis bebas.
Diharap dengan penjelasan ini, Mat Saman Kati tidak lagi terkeliru dengan dasar perjuangan kami.
Terima kaseh,
Yob Tualang Sekah
Oleh: MSK
Masa aku dalam PKR, ramai yang marah kat sebab depa kata aku bukan nak membantu PKR atau Pakatan. sebab aku jarang kutuk Umno…sebaliknya selalu kutuk PKR sendiri.
Aku buat macam tu supaya PKR menjadi lebih baik..sebab dengan kritikan dan kutukan, pemimpin boleh sedar diri. Jadi bila aku keluar PKR, aku harap PKR akan menjadi lebih kuat..sebab dah tak ada pengacau.
Aku pun bukan marah kat semua yang ada dalam PKR tu. Yang bagus tetap aku sokong. Malah aku masih lagi buat kerja untuk depa. Cuma yang seronok, sekarang aku boleh tolong Pas, PKR dan DAP sekaligus sebab dah tak ada halangan. Sapa yang bagus, aku bantu apa yang aku boleh bantu.
Dah lama aku tak ambik pot tentang PKR, dan aku ingat semuanya dah bagus la. Kita buat kerja kat bawah pun seronok bila dah tak ada gaduh diatas.
Tapi bila dah dekat pilihanraya, time ni la pulak depa nak gaduh.
Hari tu dengar cerita orang PKR mahukan Khalid Ibrahim ditukar. Aku juga tau cerita belakang tabir…tapi malas nak ambik pot. Tapi bila ianya berlarutan sampai ada yang menuduh orang tu khianat, ada juga yang tuduh orang ni gunting dalam lipatan…aku cuma nak bagi tau…mampuih pi la kat hangpa.
Dalam PKR sudah ada parti dalam parti. dah ada sayap dalam sayap. Peringkat tinggi..ada PKR induk dan kemudian ada pulak lagi satu team. Road to Putrajaya. (RTPJ). Kat Perak, Mat Nor Manuty jadi macam tunggui dan yang banyak buat program team MAP.
Sekarang, ada pulak Jingga 13. Aku tak tau Team ni dibawah AMK atau lagi satu Team bebas. Kalau tengok, AMK diketuai oleh Shamsul Iskandar macam nak layu. Jingga 13 pulak dibawah Fariz Musa. RTPJ aku tak tau dibawah siapa…tapi MAP dibawah Mustafa Kamil Ayub. Secara lahirnya, RTPJ dengan MAP ni orang yang sama.
Kalau dilihat kepada pergolakan dalam PKR ni..apa yang aku nampak ialah pergelutan Mustafa Kamil Ayub dengan Azmin. Khalid Ibrahim masuk team Mustafa Kamil.
Yang bergaduh ialah proksi masing-masing. Fariz sebagai proksi Azmin, Yob Tualang Sekah sebagai proksi Mus. Semuanya bergaduh pasai sapa nak jadi calon. pirrraaahh!!
Nak tau apa yang depa gaduhkan…hangpa baca sendiri kat sini, sini, sini.
Ada semangat ka nak buat kerja untuk bantu PKR? Ada orang bagi tau aku…mampuih pi la kat depa. Kita buat kerja kita.
Kita buat kerja tengah mampuih, cukup masa depa mai tayang muka.
Klik link : http://www.malaysiatimes.my/2011/10/17/gaduh-dalam-pkr/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan