Semasa membentangkan Bajet 2011, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang juga  Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan  dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan  Merdeka dan dijadual siap pada 2015. 
Pembinaan menara bernilai RM5  bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun  terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik  parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan  tersebut. 
Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat  kepada pelbagai sektor. “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita  agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh  menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan  bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan. 
Selain Datuk Seri Najib Razak, bekas  Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek  mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka  merupakan satu projek yang baik



 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan