Isnin, 10 Oktober 2011

RM96..


Seorang lelaki bekerja di pejabat pos. Tugasnya ialah memproses semua mel yang mempunyai alamat yang tidak lengkap. Satu hari ada surat dimejanya, dialamatkan dalam tulisan tangan kepada Tuhan.  

Dia membuka dan membaca surat tersebut: "Ya Tuhan, saya seorang janda berusia 83 tahun hidup atas pencen yang kecil. Kemarin ada pencuri mencuri dompet saya yang hanya tinggal RM100."

"Minggu depan adalah Hari Ibu, dan saya telah menjemput dua sahabat saya untuk makan malam. Tanpa wang, saya tidak mempunyai apa-apa untuk membeli makanan. Saya tidak mempunyai keluarga untuk mengadu, dan anda adalah satu-satunya harapan saya. Bolehkah anda membantu saya?"  


Pekerja pos tersentuh, dan pergi menunjukkan surat tersebut kepada semua rakan pos yang lain. Mereka mengutip derma kilat dan berjaya kumpul RM96, mereka masukkan ke dalam sampul surat dan dihantar kealamat janda tersebut.
 

Semua pekerja pos merasa seronok memikirkan perkara baik yang telah mereka lakukan.  

Hari Ibu berlalu, dan beberapa hari kemudian datang surat baru dari wanita yang sama kepada Tuhan. Semua pekerja-pekerja pos berkumpul di sekeliling manakala surat itu dibuka.  

Ia berbunyi, "Ya Tuhan, Bagaimana saya ingin mengucapkan terima kasih atas apa yang anda lakukan untuk saya? Oleh kerana kemurahan hati anda, saya dapat meneruskan program makan malam bersama teman-teman. Saya memberitahu rakan-rakan hadiah yang saya terima dari anda.

"Bagaimana pun, RM4 hilang. Tidak syak lagi, ini adalah kerja kerja HARAM yang dilakukan oleh kakitangan pejabat pos!!!!!!"


Moral cerita : Korang garap lah sendiri, ekkk... Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: