Isnin, 10 Oktober 2011

80 tahun..

Bila tuhan mencipta lembu. Tuhan berkata, "Kamu akan keladang dengan petani sepanjang hari dan bekerja di bawah sinar matahari, mempunyai anak lembu dan memberi susu untuk menyokong petani. Aku akan memberi kamu jangka hayat 60 tahun."

Lembu berkata, "Ini adalah kehidupan yang sukar, dan anda ingin saya hidup selama 60 tahun. Biar saya hidup 20 tahun dan saya akan kembalikan 40 tahun."

Dan Tuhan bersetuju.

Kemudian, tuhan mencipta anjing. Tuhan berkata, "Duduklah sepanjang hari didepan pintu, salak dan kejarlah mereka yang cuba menyakiti tuan kamu. Aku akan memberi kamu jangka hayat 20 tahun."

Anjing itu berkata, "Itu terlalu lama. Berikan saya 10 tahun dan saya akan kembalikan baki 10 tahun."

Jadi Tuhan bersetuju.

Kemudian, tuhan mencipta monyet. Tuhan berkata, "Hibur orang ramai, buat mereka ketawa. Saya akan memberikan kamu jangka hayat 20 tahun."


Monyet berkata, "Ini membosankan, memberi hiburan selama 20 tahun? Saya tidak fikir begitu. Anjing memberikan anda kembali 10 tahun, saya juga akan lakukan perkara yang sama, okay?"

Dan Tuhan bersetuju lagi.
 

Kemudian, Tuhan mencipta manusia. Tuhan berkata, "Makan, tidur, bermain. Tak perlu lakukan  apa-apa, hanya enjoy dan enjoy. Saya akan memberikan anda 20 tahun."

Manusia berkata, "Apa? Hanya 20 tahun? Oh tidak! Saya punyai cadangan, saya akan ambil masa 20 tahun saya, dari lembu 40 tahun, dari anjing 10 tahun, dari monyet 10 tahun. Ini menjadikan 80 tahun, setuju? "

"Baiklah, setuju" kata Tuhan.

Jadi, untuk 20 tahun pertama kita makan, tidur, bermain, enjoy, dan tidak melakukan apa-apa.
 

Selama 40 tahun, kita akan bekerja seperti hamba abdi untuk menyara keluarga.
 

Untuk 10 tahun akan datang kita lakukan aksi monyet untuk melayan anak-cucu kita.
 

Dan untuk 10 tahun yang terakhir, kita duduk di depan rumah dan menjerit pada semua orang.


Moral cerita :  Lu pikir la sendiri. Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: