Selasa, 11 Oktober 2011

Khalid Ibrahim (MB Selangor) akan disingkirkan.

Skrip yang disediakan

Sasaran : Menjatuhkan Khalid Ibrahim

Nama orang besar PKR tidak dibenarkan terbabit
Petang semalam Yob dihubungi sekumpulan wartawan yang kononnya dari RTM. Mereka ingin temuramah dan objektifnya menjatuhkan Khalid Ibrahim. Terus terang Yob nyatakan, kami tak sanggup berbuat demikian kerana Khalid Ibrahim telah mentadbir negeri Selangor dengan baik.

Sebagai wakil RTPJ yang mewakili hampir 80,000 ahli diFacebook, Yob menyatakan ini adalah konspirasi dalaman PKR sendiri. Kenapa Khalid Ibrahim jadi sasaran? Siapa sebenarnya yang berminat hendak menduduki kerusi MB Selangor? Kenapa kumpulan ini hendak jatuhkan Khalid Ibrahim?

Namun RTPJ memberi pandangan, kalau nak singkir Khalid Ibrahim, sila singkir sekali Exco Exco Selangor kerana prestasi buruk merekalah, PKR mahu Khalid disingkirkan. Tetapi RTPJ percaya, didalam isu Khalid Ibrahim ini 'yang benar cuba dipertikaikan, dan yang salah cuba diselindungkan'. PKR wajib selesaikan isu dalaman sebelum PRU13.


*Isu sebenarnya ialah ada orang tertentu dalam PKR nak guna duit Kerajaan Negeri Selangor, dan Khalid Ibrahim tidak benarkan duit rakyat negeri Selangor disalahgunakan. Khalid Ibrahim dicop sebagai tidak mahu berkerjasama dan bersekongkol dengan mereka. Maka bermulalah konspirasi...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puak PKR Lani duk buruk-burukkan umno kononnya gila kuasa rasuah kroni dll, ahli2 PKR tu pun majoritinya bekas ahli UMNO yang keluar dari UMNO untuk sertai PKR, PKR tu pun 2X5 je ngan UMNO, tapi puak PKR ni perasan bagus