Ahad, 23 Oktober 2011

BERITA PERAK : Presiden MIC bertanding di Sg. Siput.



PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan MIC untuk meletakkan Presidennya Datuk G. Palanivel sebagai calon bagi mewakili BN pada pilihan raya umum akan datang di kawasan Parlimen Sungai Siput.

Menurutnya, BN Perak sentiasa mengalu-alukan kedatangan Presiden MIC itu kerana selama ini calon BN bagi kerusi tersebut sememangnya merupakan Presiden parti tersebut.

“Sebagai presiden baru menggantikan Datuk Seri S. Samy Vellu, ada baiknya beliau bertanding di Sungai Siput.

“Bagaimana pun terpulanglah kepada kebijaksanaan parti MIC untuk membuat keputusan samada Presiden mereka, Datuk G. Palanivel diletakkan sebagai calon BN bagi kerusi 

Parlimen Sungai Siput pada pilihanraya umum akan datang.


“Kita (BN Perak) menerima sesiapa sahaja calon yang dikemukakan oleh parti tersebut termasuk Presidennya sendiri,’’ katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pemimpin-pemimpin masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pangkor di Hotel Coray Bay, Pasir Bogak di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita kononnya Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah menelefon dan mempelawa Presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding di Parlimen Sungai Siput.

Menurutnya, tidak timbul isu samada beliau ada menelefon ataupun sebagainya kerana semua parti komponen dalam BN sentiasa mengamalkan perbincangan dari semasa ke semasa dalam mencari calon-calon khasnya winnable dan likeable dalam pilihanraya umum akan datang. – Nooraini Mahamad.

YOB ~ Palanivel di Sungai Siput? Pakat jadi ulam laaa.. Warghkahkahkah!

Tiada ulasan: