Sabtu, 22 Oktober 2011

Himpunan Sejuta Umat : KITA HANYA PANDAI LANCAR PERANG!

Umat Islam lancar perang terhadap gejala murtad




Segala initiatif untuk memurtadkan umat Islam perlu ditentang oleh masyarakat agama itu.

Usaha untuk memesongkan akidag penganut Islam bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan malah patut di perangi habis-habisan.

Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN) dilihat dapat membangkitkan semangat penganut beragama Islam untuk berjuang menegakkan perjuangan mempertahankan akhlak.

Himpun bukanlah satu program yang berdiri dibelakang mana-mana parti politik sebaliknya ia diadakan berikutan wujudnya perlakuan biadap untuk memurtadkan orang Islam.

Bangsa melayu atau umat Islam perlu bangkit membela agama dari dicemari dakyah-dakyah yang sengaja digembar-gemburkan oleh penganut bukan Islam.

p/s Kita tidak mahu menyalahkan diri sendiri. Kita asik menyalahkan orang lain. Bagaimana tabung zakat diuruskan? Mengapa mata pelajaran ugama islam disekolah tidak dipanjangkan? Mengapa bahasa jawi tidak dihidupkan?

JARI KITA HANYA PANDAI MENUNDING!

Tiada ulasan: