Sabtu, 3 September 2011

KEZALIMAN TUDM AKAN DIBONGKAR..!

Orang kata aku pengkhianat negara..kawan2 yg ketika aku masih berkhidmat dlm TUDM dulu, pun kata aku pengkhianat Negara, begitu juga orang2 yg mengenali aku pun kata yang sama. Benarkah aku seorang PENGKHIANAT...?,

Apakah hanya kerana aku menuntut PEMBELAAN, menegak kebenaran keatas kejadian yang menimpa diri ku, isteri serta 6 orangku pada 23hb Dis 2008, hingga aku dianggap PENGKHIANAT….!!!!!??????. Apakah kerana KES ELETRIK…? Atau ada perkara lain…? Hingga aku di beri PENGHINAAN ini…?

Mereka yang melaku kezaliman ini, semuanya orang melayu yg berugama Islam. Kini, Mereka pandai berkata, bahawa semuanya sudah selesai….Tetapi APA yang selesai…?

Memang.., tentang pemberian PENCEN, GANJARAN, PEMBAYARAN CUTI LUPUT & KAD PENGENALAN AWAM sudah selesai, tetapi apakah mereka tahu bagaimana ianya diselesaikan....! Apakah ini mengikut PERATURAN dan SYARAT yang termaktub dalam AKTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA 1972 dan mengikut FAKTA…? Dimana KAD PENGENALAN TENTERA (BAT C.10) aku sekarang…?

Tahukah macammana aku dan isteriku, berusaha untuk mendapatkannya. Kami terpaksa talipon kesana, kesini, kepada UGAT, Markas Tentera Udara, Yb2, orang berseorangan, Dato2,Dato Seri2, Menteri 2 dan sebagainya, tetapi apa mereka boleh laku…bagi DUIT..selesai….! Duit bukan satu penyelesaian..! 



Malas aku nak cerita lagi, dah berbuih mulut, aku dan isteri ceritakan. Aku berterimakasih kepada akhbar Berita Harian dan TV3 yang sanggup membantukan aku dalam menyiarkan cerita kesusahan kami sekeluarga pada 2009, tetapi akhirnya di sekat.

Persoalannya sekarang, Kenapa pihak Tudm melakukan kezaliman ini keatas aku, isteriku dan 6 orang anak ku….?. Kenapa aku di tangkap…? Tanpa ada soalsiasat dan tak tahu kesalahan apa aku buat, aku di sumbat ke dalam LOKAP….?.

Kenapa isteriku, 6 orang anakku yang berumur 5 hingga 17 turut di tahan dalam kepungan pegawai2 dan anggota2 TUDM yang bersiap dengan bersenjatakan M16 serta seorang pegawai Polis, Inspektor Saiful bin Mohd Mustapa …?. Kenapa isteriku dan 6 orangku di jadikan TEBUSAN…?

Kenapa harus mengguna senjata M16 dan pesawat Nuri berlegar di udara….?. Adakah aku, isteriku, 6 orang anak ku di anggap PENJAHAT atau PENGGANAS…? Apa sebenarnya berlaku…? Hingga Komander Pangkalan Tudm Kuching, Let. Kol Suhaimi bin Abd Kadir memberi arahan kepada pegawai2 dan anggota2 Tudm Kuching, supaya jangan sebut nama Faizzal Jinong dan menceritakan kejadian yang berlaku pada 23hb Dis 2008. Apakah Malaysia….Negara ISLAM, Zalim seperti …REGIM ZIONIS….?



Bukan aku tak pengadu. Aku dah mengadu kepada pihak KERAJAAN khasnya UMNO..begitu juga PEMBANGKANG…Aku tak mahu di tuduh membuat cerita …..PANGLIPURLARA…, seperti PEMUDA UMNO BAHAGIAN N. TEBAL lemparkan..., hingga ada seorang Dato, mengatakan kes ini…..KES TERPENCIL.. dan sebagainya. Ada yang kata, aku tak mahu kerjasama , ikut saja apa yang mereka laku…Apakah perlu aku ikutkan sekiranya perkara tersebut ,adalah satu kejahatan dan kemungkaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sebagai seorang MUALAF, adakah patut aku menuruti kemahuan mereka dan bersetongkol, demi menyelindungi kejahatan, demi menjaga nama kerajaan, Kementerian Pertahanan, ATM khasny TUDM. Kalau macam itu, tak perlulah aku menjadi seorang ISLAM, baik aku jadi orang KAFIQ LAKNAT…..!

Dalam agama lain, seperti KRISTIAN, HINDU dan BUDHDA, pun melarang kita melakukan kejahatan. Kalau dalam ISLAM dihalalkan, atas nama keadaan DAURAT dan menjaga NAMABAIK, maka sudah terbaliklah dunia ini, pada amnya MALAYSIA, sebuah NEGARA ISLAM…..!

Sebagai rakyat dan bapa kepada 6 orang anak yang menjadi MANGSA PENGANIAYAAN DAN PENINDASAN yang dilakukan oleh pihak PENTADBIRAN TUDM , adalah tanggungjawab dan hak aku untuk memperjuangkan, demi menuntut kebenaran dan keadilan atas kejadian yang menimpa kami sekeluarga. SALAHkah aku………?.Apa inikah satu penghargaan keatas pengorbanan aku berkhidmat selama 22 tahun 9 bulan dalam
TUDM….?

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hm tengok la ketue negare nye siapa.. Kalau ketua macam tu, anak2 buah pun mcm tu.