Rabu, 4 Mei 2011

Polis menahan 21 orang awam

Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung tindakan biadap polis menahan 21 orang awam ketika perhimpunan aman sempenan Hari Pekerja semalam.

Setiausahan PSM, S. Arutchelvam berkata beliau kesal dengan perlakuan ganas polis walhal perhimpunan itu terlebih dahulu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Polis langsung tidak menghormati hari pekerja. Kita sudah menulis surat untuk memaklumkan bahawa kita akan merayakan hari pekerja dan kita juga mengatakan kepada polis bahawa kita akan berkumpul dan berarak," kata Arutchelvam.

Polis juga dibidas kerana menangkap orang awam secara semberono termasuklah mereka yang sedang menikmati makanan tengah hari di restoren di Ibu kota.

"Polis tidak memaklumkan kepada kita agar jangan berkumpul. Tapi pada 1 Mei (semalam), polis dengan ganasnya menangkap dan menyuraikan dengan ganas orang ramai yang hadir.
Orang yang sedang makan dalam restoren pun ditangkap dan sebagainya.

"Ini satu pencabulan yang dashyat semasa Hari Pekerja dan kita akan membuat aduan kepada SUHAKAM. Polis memang kurang ajarlah dalam hal ini," katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mendedahkan polis sebenarnya bercadang mahu melanjutkan penahanannya dengan tuduhan terlibat dengan perhimpunan haram di Alor Setar pada tahun 1995.

“Polis sebenarnya hendak meletakkan satu tuduhan baru terhadap saya bahawa kononnya pada tahun 1995 saya terlibat dalam satu perhimpunan di Alor Setar. Jadi mereka hendak mereman saya, tetapi disebabkan orang ramai tidak mahu keluar daripada balai, polis terpaksa bebaskan saya," katanya.

Tiada ulasan: