Petang tadi haku menerima kunjungan kawan lama, dan pejuang tegar PKR. Perbualan kami berkisar kepada isu semasa dan perkembangan terbaru PKR.
Seperti yang haku jangkakan, mesyuarat mengenai isu Wanita Padang Rengas, telah ditunda atau dilengah lengahkan. Kekal atau tidak, hanya akan diketahui selepas PRU13.
Inilah masaalahnya apabila PKR memilih Pengerusi yang tidak berwibawa dan kaki ampu. Manuti yang tewas dilantik sebagai Pengerusi PKR Perak, dan sudah tentu akan dicucok hidongnya.
Ketua Wanita Perak, Fatmawati, juga pilihan Wanita Pusat, juga bagaikan dicucok hidongnya. Dengan sesuka hati membubarkan cabang wanita dan mengikot telunjok bos nya.
Wakil wakil yang ada, hanya bersuara sekadar melepaskan batuk ditangga. Mereka juga ingin menjaga kerusi masing masing. Maklumlah, PRU13 dah dekat, manalah tau ada peluang jadi calon.
Sesungguhnya, inilah sikap hipokrit yang jelas terpancar diwajah mereka. Perjuangan yang separuh ikhlas, takot menongkah arus dan menegakkan kebenaran demi bayangan kerusi calon yang menjadi idaman.
Sesungguhnya, PKR Perak kucar kacir serba serbi. Azmin Ali dan Anwar menyedari hakikat sebenar. Jentera pilihanraya yang sangat lemah, akan memungkinkan PKR akan gagal diPerak.
Solusi..? Azmin Ali kena akur, rancangan jahatnya menjatuhkan Mustaffa Kami Ayub akhirnya merugikan PKR Perak sendiri. Dan kepimpinan Manuti amat lemah didalam mentadbir PKR Perak.
Azmin Ali WAJIB undor sebagai pengarah pilihanraya diatas kegagalannya di PRN Sarawak.
Manuti juga WAJIB undor kerana menipu diri sendiri dengan menerima jawatan Pengerusi Perak.
Fatmawati juga WAJIB undor kerana tiada prinsip perjuangan dan melaksanakan politik kotor terhadap Cabang Padang Rengas dan Wanitanya.
Beri laluan kepada DAP dan PAS jika ingin melihat kemenangan PR, atau PKR Perak akan mengikuti jejak Sarawak. Jangan tamak haloba dan ukur baju dibadan sendiri.
Jangan harap kemenangan akan terjadi dengan sendirinya.
Kemana menghilang Mustaffa Kamil Ayub..?
2 ulasan:
Salam Yob..
Hari ini kumpulan2 yg selama ini menjadi bunga kesayangan fatmawathy telah mengistiharkan keluar parti (Baca Sinar Harian)..mereka mengaku pulak keluarnya dengan 120 ahli..dlm Utusan 60..mana betul$$..kalau baca tamil nisan 30..baca shin chew cit poh 15 org..
Sebenarnya yob hanya beberapakerat sajaer yg keluar tu..itu pun kerana mereka kecewa fatmawathy gagal memertabatkan mereka di persada tahta AJK Pdg Rengas..inilah orang2 yg selama ini menjalankan semua taktik kotor untuk menghancurkan AJK Cabang dan AJK Wanitanya. Mereka ini sanggup menyebarkan fitnah, menipu tandatangan, memperdayakan ahli2 malah ada juga yang sanggup menggadaikan maruah demi wang.. Kumpulan yang istihar keluar ini adalah mereka yang tidak mengenang budi..segala kebaikan dan bantuan dari ketua cabang dan ketua wanita selama ini tidak pernah dinilai dan disanjung..mereka inilah yg diangkat oleh fatmawathy dan zuraida..
Cubalah kita sama-sama tengok sejauh mana kemampuan zuraida dan fatmawathy dalam menyelesaikan masalah..walhal pada mulanya angkara niat dan perancangan mereka berdualah menyebabkab AJK wanita pdg rgs dan ajk cabang bergolak..
Fatmawathy harus ingat disebabkan hanya berurusan dengan puak yg bermasalah ini maka api kebencian telah disemarakkan..tak berasa bersalahkah fatmawathy dan zuraida?? Fatmawathy juga harus ukur baju sendiri..masih layak kah memegang jawatan ketua wanita perak jika apa yg berlaku di cabang padg rgs mungkin boleh berlaku di cabang lain...undur lah demi mengyelamatkan PKR Perak.!! Wassalam.
ntah pe pe je PKR ni. Mustafa Kamil yg punyalah baik dan istiqamah dlm perjuangan sejak awal reformasi lg di ketepikan. Anwar dan Azmin ni lupa diri. Lupa ke, kuasa undi bkn dok dlm poket korang tapi kuasa undi ada pada rakyat. Buat karut, korang pun hanyut tau. Jadi2 la berpolitik ala UMPORNO.
Catat Ulasan