Jumaat, 20 Mei 2011

KALAU PKR DIHARAMKAN..

Kalau PKR diharamkan bermakna UMNO akan menjadi semakin tenat, Cuba bayangkan ada ura2 yg mengatakan kalau PKR betul2 diharamkan oleh kerajaan UMNO / BN maka semua ahli PKR yg beragama islam akan melompat masuk PAS. yg bukan islam akan masuk DAP..

Maka dua2 parti ini akan bertambah kuat.. Org2 atas pagar akan nampak betapa buruknya perangai UMNO hanya kerana Politik UMNO sanggup menindas dan menganiaya Parti Politik lain..

Maka sebahagian besar org atas pagar akan membenci UMNO dan memberi sokongan kpd PR...

Bagi aku UMNO ni terlalu mengikut emosi dan sifat busuk hati sehinggakan mereka hilang pertimbangan...

Ingat sebahagian golongan yg menyokong PKR bukan sbb namanya PKR tapi sebab mereka marah dgn UMNO kerana menganiaya Anwar Ibrahim..

Esok akan ada org yg sokong PR bukan kerana namanya PR tapi kerana marahkan UMNO yg bermain politik kotor...

UMNO kena Faham bahawa zaman sekarang ni bangsa melayu semakin neutral.. dan sudah boleh menerima kehadiran bangsa cina dan india sebagai " SAUDARA SENEGARA " mereka.. sudah membuang jauh2 sifat Perkauman... Justeru itu Fahaman Perkauman yg dijaja oleh UMNO sudah tidak laku lagi dalam pasaran di Malaysia ni...

Kini org melayu sudah faham apa itu Demokrasi, Ketelusan, Keadilan, Perundangan, Konsep Federalisma, Hak Kesamarataan, Ekonomi dan mereka sudah Pandai membandingkan negara Melaysia dgn negara2 lain. Rakyat menuntut Kualiti hidup yg lebih baik dan kuasa beli yg lebih tinggi..

Peliknya UMNO masih tidak mahu belajar dari kesilapan yg lalu...!!!

1 ulasan:

bunbinban berkata...

betul betul betul. Dia ingat bila PKR kena haram, org PKR akan masuk UMNO. pigi daaaaaahh. Jgn harap malah rakyat akan makin bersemangat nak humban UMNO dlm kandang panddykutti, bior nyondol je kejenya...hahaha