Sabtu, 21 Mei 2011

GEMPAR : Perkasa menentang UMNO..?

Bantah Utusan: Perkasa beri amaran kepada Umno ‘langkah mayat kami’


May 20, 2011

Ahli-ahli Umno dan Perkasa mengadakan perarakan membantah Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur petang ini. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa menggesa agar orang Melayu tidak mempertahankan Utusan Malaysia sambil mendakwa akhbar itu salah satu suara penipu tulen masyarakat Melayu di negara ini.

Kumpulan itu menyokong parti Pakatan Rakyat dan menggambarkan Utusan sebagai akhbar rasis.

Menurut Perkasa, akhbar milik Melayu Umno itu menyediakan laporan yang tidak seimbang berbanding akhbar-akhbar milik pembangkang dan portal berita.

“Utusan Malaysia adalah suara rasmi Mamak Umno, selagi Utusan hidup, selagi itulah orang Melayu ditipu.

“Perkasa tidak akan mempertahankan Utusan Malaysia,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan memberi sokongan kepada bukan Melayu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sambil berkata, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk memobilisasikan ahlinya untuk mengadakan protes menentang akhbar tersebut.

Kira-kira 15 ahli Perkasa berarak ke arah ibu pejabat Utusan untuk menyerahkan memorandum membantah akhbar tersebut.

“Utusan tidak berani, ia bercakap bohong mengenai orang Melayu, kami memberi amaran kepada mereka yang menyokong Utusan, langkah mayat kami dulu. Kami tidak akan benarkan ia berlaku,” teriak seorang ahli Perkasa ketika perarakan itu.

Turut hadir bekas ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifa dan bekas Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdaus Megat Junid.

3 ulasan:

jessy koh berkata...

bior betul pak yob ni.....langkah mayat pak yob dulu...baru leh caya story pak yob ni....wakakakaka.....

Usup Wilca berkata...

Nampak benor nipu nyer...

cowboy berkata...

good job yob keep it up.............