Be Old and Be Wise :
Keadilan adalah milik setiap insan. Bukan milik PKR, umNO dan sebagainya. Kita harus menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah dengan sebaiknya.
Jangan pisahkan akal kita dengan kepartian. Jika umNO/BN buat kebaikan, kita kena akui. Jika PKR membuat kesilapan, kita juga kena akui. Jangan kita taksub membabi but...a, sehingga kepartian menguasai tindakan kita.
Negara ini bukan milik umNO, PKR, PBS dan sebagainya. Negara ini milik rakyat Malaysia, bukan milik Melayu sahaja. Kita dan anak cucu mewarisinya. Kerajaan hanya pemegang amanah sahaja.
Jangan kita membenci hanya kerana mereka berkata benar, walau pun dari pegangan politik, ugama, bangsa yang berbeda..
Walau setinggi mana darjat bangsawannya, walau setinggi mana ilmunya "yang benar jangan dipertikaikan, yang salah jangan diselindungkan.."
Keadilan itu milik sejagat, bukan milik golongan tertentu...
ikhlas,
yob dari tualang sekah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan