Sabtu, 14 Mei 2011

Undurlah FATMAWATI DAN MANUTY..

Lagi ahli PKR keluar parti di Perak

Episod duka terus menghantui pembangkang di negeri ini apabila saban hari, semakin ramai penyokong dan ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan terbaru, seramai 120 ahli jawatankuasa dan jentera pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Padang Rengas nekad berbuat demikian berkuatkuasa hari ini.
Bekas Naib Ketua Cabang PKR Padang Rengas, Megat Mohd Megat Mahidin, berkata tindakan itu diambil kerana mereka tidak lagi yakin dengan kepimpinan parti yang berkepentingan sendiri, ego dan rakus selain tidak mampu membawa perubahan seperti yang dilaungkan iaitu Harapan Baru Untuk Malaysia.

Katanya, kepimpinan parti juga sanggup bermain politik secara kotor yang secara terangan-terangan bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diperjuangkan PKR.

“Selain itu, kepimpinan tertinggi baik di peringkat pusat mahupun negeri tidak mahu mendengar pendapat ahli akar umbi dan mereka juga sanggup membunuh karier politik rakan seperjuangan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pengisytiharan keluar parti ahli jawatankuasa dan jentera pilihanraya PKR Cabang Padang Rengas di Sungai Perak Safari Resort, dekat Kuala Kangsar. Hadir sama, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang juga bekas Bendahari PKR negeri.

Tambah Megat Mohd, selepas keluar PKR, mereka akan bergerak secara bebas dengan menyertai badan bukan kerajaan (NGOS) dan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam parti itu.

Ujarnya, kemelut PKR Cabang Padang Rengas semakin parah kerana dianggarkan lebih separuh daripada 996 ahli parti itu sudah keluar parti secara senyap dengan menyertai parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC.

“Kami juga ingin menyatakan sokongan terhadap Gagasan 1Malaysia dan Perak Amanjaya yang masing-masing diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana ia memperjuangkan nasib rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, ahli dan penyokong PKR perlu memikirkan semula sokongan mereka terhadap parti itu kerana ia hanya perjuangan yang sia-sia.

Laungan reformasi yang dilaungkan parti itu bagi tujuan mengaburi mata rakyat katanya, selayaknya ditukar menjadi reforbasi kerana ia hanya memperjuangkan agenda dan kepentingan peribadi pemimpin.

“Saya menggesa ahli PKR supaya memikirkan semula sokongan mereka terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana ia merupakan kesilapan besar yang perlu diperbetulkan semula dengan membuat keputusan yang lebih bijak,” tambahnya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini kumpulan2 yg selama ini menjadi bunga kesayangan fatmawathy telah mengistiharkan keluar parti (Baca Sinar Harian)..mereka mengaku pulak keluarnya dengan 120 ahli..dlm Utusan 60..mana betul$$..kalau baca tamil nisan 30..baca shin chew cit poh 15 org..
 
Sebenarnya yob hanya beberapakerat sajaer yg keluar tu..itu pun kerana mereka kecewa fatmawathy gagal memertabatkan mereka di persada tahta AJK Pdg Rengas..inilah orang2 yg selama ini menjalankan semua taktik kotor untuk menghancurkan AJK Cabang dan AJK Wanitanya. 
 
Mereka ini sanggup menyebarkan fitnah, menipu tandatangan, memperdayakan ahli2 malah ada juga yang sanggup menggadaikan maruah demi wang.. Kumpulan yang istihar keluar ini adalah mereka yang tidak mengenang budi..segala kebaikan dan bantuan dari ketua cabang dan ketua wanita selama ini tidak pernah dinilai dan disanjung..mereka inilah yg diangkat oleh fatmawathy dan zuraida..
 
Cubalah kita sama-sama tengok sejauh mana kemampuan zuraida dan fatmawathy dalam menyelesaikan masalah..walhal pada mulanya angkara niat dan perancangan mereka berdualah menyebabkab AJK wanita pdg rgs dan ajk cabang bergolak..
 
Fatmawathy harus ingat disebabkan hanya berurusan dengan puak yg bermasalah ini maka api kebencian telah disemarakkan..tak berasa bersalahkah fatmawathy dan zuraida?? Fatmawathy juga harus ukur baju sendiri..masih layak kah memegang jawatan ketua wanita perak jika apa yg berlaku di cabang padg rgs mungkin boleh berlaku di cabang lain...undur lah demi mengyelamatkan PKR Perak.!! 
 
Wassalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syabas Fatmawathy..Zuraida...dan tak lupa juga kepada Haniza Talha..!!!