Ahad, 15 Mei 2011

POLITIK ALA ZIONIS..



Bagaimana selama 53 tahun kita disemai, dibaja dan dibesarkan oleh politik acuan zionis. Ugama dipisahkan oleh British dalam pemerintahan negara ini. Bahkan, islam ditadbir oleh mufti negeri masing masing. Pelik bukan?

Kita punyai Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Hakim Negara, kemana menghilang jawatan 'Mufti Neg...ara? Angkara siapa? Dan acuan siapa?

Negara ini buleh ditadbir dengan baik sekiranya ahli politik ikhlas didalam bidang yang mereka ceburi. Politician bangsa apa sekali pun, tidak penting, bersih, cekap, amanah itu yang penting.

Setiap ugama, baik Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya, menganjurkan kebaikan, hanya politikus sahaja yang merosakkan. Lihat saja negara kita sekarang ini, rakyat dikelirukan dengan berbagai bentuk fitnah.

Islam dan Kristian dilaga lagakan dengan isu PM Kristian oleh akhbar melayu. Melayu dilaga lagakan dengan isu liwat dan sek, juga oleh orang politik melayu.

Bukankah setiap ugama itu cintakan kedamaian, persaudaraan? Jadi.. siapakah yang merencanakan semua kejahatan ini? Ahli politik fahaman zionis..

Benar... jawapannya adalah politician yang berfahaman zionis, yakni, pecah dan perintah. yang miskin akan diperintah dan yang kaya akan memerintah. Pegangan ugama dibakul sampah!

Didalam pencarian mencari wakil rakyat semasa PRU13, carilah calon yang mempunyai pegangan ugama yang kuat, tidak kira islam, kristian, buddha, hindu atau confucius, sebagai wakil.

umNO/BN menampilkan calon perpendidikan tinggi, berijazah, tetapi mempunyai pegangan ugama yang lemah. Hasilnya? umNO/BN melahirkan barisan kepimpinan yang penuh rasuah.

Jangan biarkan negara ini diperintah oleh para perasuah. Jangan biarkan bangsa Malaysia dipecah dan diperintah..

"YANG SUDAH TU, SUDAHLAH..."

ikhlas,

Yob dari Tualang Sekah

Tiada ulasan: