Selasa, 31 Mei 2011

“Ceo, rakyat, api dan ayor..”


Semakin hari hidop semakin mengcengkam poket. Bagaimana sebelom tun m menjadi PM, bahan asas begitu mudah didapati dan kehidopan begitu menyeronokkan. Ayor, api dan gas didalam jangkaun pembeli.

Apabila program pengswastaan bermula, satu demi satu kenikmatan itu direntap dari genggaman rakyat dan disera...hkan kepada sxarikat swasta milik kerajaan ini menguruskan kesengsaraan menindas dengan tariff yang semakin hari semakin menyesakkan nafas.

Memakmurkan GLC kerajaan dan sekali gus merentap nikmat kehidopan rakyat marhaen adalah satu bentuk jenayah kapitalis. Amanah yang kita serahkan kepada kerajaan melalui peti undi digunakan untuk kepentingan kelompok melayu Umno dan puak tertentu sahaja.

Dengan gaji ceo sekitar RM450,000 sebulan, siapa sebenarnya yang membayar gaji mereka? Umno? BN? Bukan bukan bukan…. Rakyat lah yang perlu membayar dengan harga yang cukop tinggi sekali. Perlu kah gaji setinggi RM450,000 sebulan? Apakah tugas ceo memakmur atau menindas rakyat? Jangan menyundal pimikiran rakyat yang sudah dibebani dengan pelbagai masaalah harian.

“kembalikan hak rakyat. Kami tidak memerlukan ceo yang bergaji jutaan ringgit dan hasilnya kehidopan yang lebih burok. Pulangkan api dan air kepada rakyat. Jangan jadikan ia sebagai bisnes mak bapak korang!!”

Tiada ulasan: